shahbudindotcom
Keazaman
untuk mengalahkan UMNO serta BN dalam PRU 14 akan datang dan seterusnya
membuatkan Najib Razak tersingkir daripada puncak kuasa, seharusnya
merupakan keputusan yang mutlak dan tidak ada kompromi.
Terus
menyokong UMNO dan mengundi BN hanya menyebabkan kemungkinan Najib
terus kekal berkuasa sedangkan kekalnya beliau selepas PRU 14, tidak
menjamin segala masalah yang melingkari dirinya akan selesai dan nama
negara dapat dipulihkan.
Dalam
dokumen Jabatan Kehakiman AS, Malaysian Official 1 yang kemudian
disahkan oleh Abdul Rahman Dahlan sebagai Najib, beliau didakwa menerima
sebanyak AS$731 juta atau kira-kira RM3,000 juta wang 1MDB yang
dilencongkan melalui akaun bank peribadinya.
Ini
bermakna, selepas harta-harta Jho Low, Riza Aziz, Khadem Al Qubaishi
dan Mohamed Al Badawy disita nanti, kita tidak tahu apa yang berlaku
kepada Najib seterusnya.
Keputusan
PRU 14 dan katalah jika Najib kekal berkuasa, ia tidak mungkin
menyebabkan Jabatan Kehakiman AS dan FBI menutup kes itu. Sama ada BN
menang atau tidak, perjalanan kes itu terus berjalan juga.
Bermakna,
jika berlaku apa-apa tindakan terhadap Najib selepas itu, jika beliau
bukan lagi Perdana Menteri, ia adalah lebih baik kerana tidak
menjejaskan sama sekali nama baik negara. Sekarang ini, semuanya
terjejas kerana Najib adalah Perdana Menteri.
Bayangkan
apa jadi kepada reputasi negara dan maruah pengundi kiranya selepas
memberi kemenangan kepada BN, tiba-tiba lebih banyak tindakan di
peringkat antarabangsa diambil terhadap 1MDB dan mereka yang ada kaitan
dengan Najib. Sudah tentu lebih buruk nama negara jika nama Najib turut
disebut atau dikaitkan secara langsung.
Jabatan
Kehakiman AS juga mendakwa wang 1MDB yang dipercayai diselewengkan yang
dapat mereka kesan ialah berjumlah AS$3.5 bilion atau RM14,000 juta.
Laporan Audit Negara yang diOSAkan pula menyebut wang 1MDB yang tidak
dapat disahkan pengalirannya ialah AS$7 bilion atau RM28,000 juta.
Ini
menjadikan, selain AS, tujuh negara lain turut melakukan siasatan
berkaitan penipuan, penyelewengan dan penggubahan wang haram melibatkan
1MDB.
Marcos,
Suharto, Hosni Mubarak dan ramai pemimpin dunia lain juga dicatat
sejarah pernah terlibat dalam skandal kewangan dan mengumpul kekayaan,
tetapi jumlahnya tidaklah sebesar melibatkan 1MDB. Marcos, Suharto dan
Hosni Mubarak juga tidak pernah disiasat sehingga oleh lapan negara
asing di sebalik pengumpulan kekayaan, perbelanjaan dan pembaziran yang
mereka lakukan.
Dengan
itu, dari segi penipuan, penyelewengan dan penggubahan wang haram, apa
yang berlaku kepada 1MDB yang diilhamkan oleh Najib, ia bukan saja
berskala mega, tetapi boleh dikira antara yang terbesar dalam sejarah
sejak zaman Nabi Adam lagi.
Sekali
lagi, sama ada Najib kekal atau tidak selepas PRU 14 akan datang, nama
1MDB dan kaitannya dengan Najib akan terus menjadi perhatian, malah
mungkin membawa kepada pendakwaan dan perbicaraan.
Juga
bermakna, jika Najib bukan Perdana Menteri ketika itu, ia adalah lebih
baik dan tidak menjejaskan negara kerana sebarang tindakan tidak lagi
melibatkan nama Malaysia dan ketua kerajaannya.
Media-media
antarabangsa juga tidak akan berhenti mendedahkan keburukan dan
kebobrokan Najib dan keluarganya hanya kerana BN menang pilihanraya. Ia
malah boleh jadi tambah berganda dan memburukkan lagi nama negara.
Di
dalam negara juga begitu, isu-isu melibatkan Najib yang diperkatakan
sekarang tidak akan tiba-tiba berhenti disebabkan UMNO dan BN terus
berkuasa selepas PRU 14. Najib tentu saja tidak akan diapa-apakan oleh
agensi penguatkuasa yang ada kiranya beliau terus berkuasa, namun
bahananya ialah rakyat akan terus sengsara dan sakit jiwa.
Kekalnya
Najib juga tidak mungkin membuatkan Tun Mahathir terus berdiam diri dan
bersara, tetapi jika kerajaan baru berkuasa, bekas Perdana Menteri itu
tentu saja akan menyumbangkan idea-ideanya yang lebih baik untuk
pembangunan negara.
Rakyat
lebih tenang dan damai jiwanya jika negara memiliki kerajaan dan
Perdana Menteri baru selepas PRU 14. Bersama kemungkinan tidak lagi nama
negara dikaitkan dengan penyiasatan atau pendakwaan di peringkat
antarabangsa, rakyat turut dapat menumpukan kepada urusan harian dan
keluarga dengan lebih baik lagi.
Ketika
itu, kiranya ada sebarang pendedahan, berita baru, waima pendakwaan
sekali pun, ia hanya melibatkan Najib secara peribadi saja. Nama negara
tidak lagi terheret.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan