HALAMAN SANTAI

Ahad, 4 September 2016

Wan Azizah enggan ulas dakwaan tandatangan palsu Rafizi

Oleh Mohd Haizal Yatiran & Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SABAK BERNAM: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan mengulas lanjut berkenaan dakwaan ada pihak memalsukan tandatangan Setiausaha Agung parti, Rafizi Ramli pada surat pemecatan keahlian Chegubard.
 
Beliau yang ditemui dalam program jelajah anti-1MDB di sini malam tadi enggan menjawab soalan media berhubung isu itu yang semakin hangat diperkatakan.
 
Chegubard sebelum ini mendakwa beliau diberitahu oleh Rafizi sendiri bahawa beliau tidak menandatangani surat pemecatan itu. 
 
Hari ini Chegubard menyiarkan beberapa 'screenshot' yang didakwa daripada Rafizi kepada pimpinan PKR. 
 
Chegubard mendakwa mesej-mesej itu menunjukkan notis untuk memecatnya dibuat atas arahan Wan Azizah tanpa dimaklumkan kepada Rafizi.
 
"Ini 'screenshot' YB Rafizi kepada beberapa pimpinan parti , 27 Ogos lalu ... hari ini 3 September apa kesudahanya seperti saya telah jangka akhirnya semua akan senyap konon nak pertahan 'kestabilan' parti... mana perginya prinsip?," soal Chegubard.
 
Menurut penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed, isu pemalsuan tandatangan tersebut merupakan perkara serius kerana melibatkan pemimpin kanan dalam parti.
 
Beliau ketika dihubungi Antarapos semalam menggesa supaya pimpinan tertinggi PKR menyiasat isu tersebut bagi mengelak daripada imej parti tersebut terus tercalar.
 
Chegubard atau nama sebenarnya  Badrul Hisham Shaharin sebelum ini dipecat keahliannya berikutan beberapa siri pendedahan termasuk yang melibatkan yang melibatkan Timbalan Presiden parti Datuk Seri Azmin Ali.
 
Pengkritik lantang kepimpinan parti itu  dipecat melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PKR pada 26 Ogos lalu

Tiada ulasan: