shahbudindotcom
Apa ditunggu lagi, kali ini mufti pun sudah bersuara. Dengar dan fahamilah seruannya.
Menurut
Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin, menghalang" samseng" daripada
terus bebas melakukan sesuka hati adalah tanggungjawab bersama rakyat
yang patriotik.
Jiika golongan ini dibiarkan bermaharajalela, negara akan terjerumus kepada huru-hara, kata beliau.
Bersih
5 pada 19 November adalah tanggungjawab kita bersama. Ia untuk
menunjukkan kita sayang, patriotik dan mahu memulihkan negara ini.
Ia
juga adalah perhimpunan aman dan bukan perhimpunan "samseng" seluruh
negara. Yang menentang, melakukan gangguan dan provokasi itulah
"samseng" yang sebenarnya.
Malangnya, di mana suara mereka Najib Razak dalam hal ini?
Apakah
kerana mereka yang melakukan gangguan dan provokasi itu terlihat lebih
mempertahan dan menjulang namanya, maka beliau harus mendiamkan dirinya
saja?
Begitu
juga, di mana Menteri Dalam Negeri yang sepatutnya lebih gah bersuara
dan pantas tampil ke depan dalam isu-isu seperti ini?
Apakah beliau sudah dikekang kuasanya dan sepanjang masa hanya tunduk kepada Najib saja?


Tiada ulasan:
Catat Ulasan