KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyifatkan
kerjasama di antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP
sebagai hipokrasi dan tiada arah tuju.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kerjasama
antara Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Penasihat DAP, Lim
Kit Siang, juga tidak ikhlas kerana sejarah menunjukkan kedua-dua
pemimpin itu saling berseteru.
"Mana boleh percaya politik berasaskan hipokrasi. Walaupun dalam
politik ada penyesuaian, tetapi apa yang berlaku ini politik 'U-turn'.
"Saya fikir mereka sudah hilang arah tuju. Ini bukan sahaja mengelirukan rakyat, tetapi mereka juga keliru.
Anda fikir Kit Siang suka dengan Dr Mahathir? Adakah Dr Mahathir suka kepada Kit Siang?
"Ini bukan politik yang kita mahu, ini politik hipokrasi tahap tinggi.
Mengapa sanggup buat 'U-turn'. Mereka ini 'Raja U-turn," katanya ketika
berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-63 di Dewan San Choon, Wisma
MCA, hari ini.
Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalannya,
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor dan barisan pemimpin tertinggi parti itu serta parti
komponen BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan