KUALA LUMPUR: MCA mengulangi pendirian parti itu yang membantah Rang
Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan)
2016 yang dibawa ke Parlimen oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata komuniti Cina di
negara ini terganggu dengan usaha PAS untuk membawa pindaan RUU itu yang
disifatkannya sebagai undang-undang hudud.
"Usaha PAS itu akan mewujudkan dua sistem perundangan dalam negara ini
dan MCA sebagai parti yang yang menghormati Perlembagaan negara akur
dengan sistem sedia ada.
"MCA membantah sekeras-kerasnya RUU Mahkamah Syariah itu atau
undang-undang hudud yang nyata bertentangan dengan Perlembagaan
Persekutuan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA
Ke-63 di sini, hari ini.
Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan