Antara sekolah yang akan ditutup esok di daerah
Beluran ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan, SK Sungai Sungai, SK
Binsulung, SK Lubang Buaya, SK Tangkarason, SK Golong dan SK Bawang.
KOTA KINABALU: sebanyak 14 sekolah, termasuk sebuah sekolah menengah, di daerah Beluran dan Pitas ditutup esok susulan banjir.
Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata 7 sekolah yang akan ditutup esok di daerah Beluran ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan, SK Sungai Sungai, SK Binsulung, SK Lubang Buaya, SK Tangkarason, SK Golong dan SK Bawang.
Di daerah Pitas pula, antara sekolah yang akan ditutup esok ialah SK Sosop, SK Dallas, SK Kusilat, SK Pantai dan SK Salimpodon.
“Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2 juga ditutup esok,” katanya dalam kenyataan ringkas melalui aplikasi WhatsApp di sini malam ini.
Di Terengganu, keadaan banjir yang semakin pulih di Terengganu menjadikan hanya 13 sekolah akan ditutup esok manakala 14 sekolah lagi akan dibuka seperti biasa.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin berkata berdasarkan data yang dikemas kini sehingga 5 petang tadi, penutupan 13 sekolah itu melibatkan 3,415 pelajar dan murid serta 379 guru.
Katanya, penutupan itu melibatkan 11 sekolah rendah dan 2 sekolah menengah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan