Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Jika Amanah dan DAP bergabung sekalipun ia tidak akan menyelesaikan isu agihan kerusi dalam kalangan pembangkang, tegas Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan.
Beliau berkata demikian merujuk cadangan Naib Presiden PAS, Datuk
Iskandar Abdul Samad untuk DAP dan Amanah bergabung sekaligus
meminimakan konflik politik pembangkang.
"Datuk Iskandar Abdul Samad menyatakan Amanah kena bergabung dengan DAP
supaya membolehkan Amanah diberikan kerusi yang ditandingi oleh DAP.
"Cuma dalam konteks hari ini kita ada satu lagi parti, PPBM nak letak
dimana? Sebab itu saya kira, persoalan berkaitan kerusi kita kena
kembali kepada perkara pokok iaitu bersatu dahulu, tunjuk hasrat minat
untuk untuk bersama-sama tumbangkan Umno-BN," katanya kepada Antarapos,
hari ini.
Pembangkang sehingga kini gagal memuktamadkan isu agihan kerusi sesama mereka terutama membabitkan Amanah.
Amanah berikrar mahu meletakkan calon di semua kerusi PAS, sementara
parti yang dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bertegas mahu
pertahankan hak tradisi mereka sejak dua pilihan raya umum sebelum ini.
"Dalam politik negara ini, tidak ada parti yang boleh kata itu kerusi
mereka, itu kerusi tradisi mereka... Sebab mana-mana parti pun
sebenarnya, selagi parti atau orang perseorangan bebas untuk bertanding
di mana-mana kerusi.
"Jika kita tidak bersama, bagaimana kita hendak bincang soal kerusi?
Kenyataan Hadi jika mana-mana hendak bersama PAS kena cara PAS. Pada
saya ini tak boleh, walaupun Amanah dan PPBM masih baru tapi jika kita
lihat pendokong yang mengerakkan parti adalah mereka yang sudah lama
dalam sepak terajang politik negara," jelas Saby lagi.
Sany dalam pada itu turut mengulas tuduhan Timbalan Presiden Amanah,
Salahuddin Ayub bahawa blok ketiga sebagai proksi Barisan Nasional (BN).
PAS menubuhkan blok ketiga yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera
(GAGASAN) bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Parti
Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa), manalaka parti serpihannya
Amanah kini menyertai PKR dan DAP bagi membentuk Pakatan Harapan (PH).
GAGASAN dibentuk ekoran keengganan PAS enggan menyertai PH yang dianggotai dua seterunya, DAP dan Amanah.
Ujar Sany, sekiranya PAS benar-benar bukan proksi kepada BN, parti itu
perlu meletakkan soal kerjasama dengan semua parti pembangkang sebagai
keutamaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan