Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),
Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak mengangkat plakad 'Anwar PM ke-7'
sewaktu Kongres Nasional PKR baru-baru ini jelas menunjukkan beliau
tidak menyokong Ketua Umum PKR itu diangkat sebagai calon Perdana
Menteri.
Penganalisis Politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam menyifatkan reaksi
mantan Perdana Menteri itu sebagai gimik politik berhubung ‘sokongan’
beliau terhadap Anwar sekarang.
“Itu maknanya dia tidak setujulah (Anwar jadi PM) walaupun dia bersama (dalam kongres).
“Saya rasa ini gimik politik, ini satu usaha politik, tapi saya percaya
Tun Mahatahir tak akan diamkan, dia tak angkat sepanduk maknanya dia
tak setujulah,” katanya ketika dihubungi Antarapos.
Kongres Nasional PKR pada Ahad lalu riuh dengan sokongan padu mahukan
Anwar menjadi Perdana Menteri seterusnya mendesak pembebasan suami
kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari
tahanan penjara.
Bagaimanapun gelagat Dr Mahathir, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan
timbalan presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencuri tumpuan ramai
apabila tidak turut serta mengangkat plakad 'Anwar PM ke-7'.
Dr Mahathir sebaliknya dilihat memegang telefon pintarnya dan merakam
perwakilan yang mengangkat plakad, manakala pula Muhyiddin sekadar
bertepuk tangan.
Sementara itu Mukhriz yang ditemui pemberita kemudiannya berkata, nama
calon perdana menteri ke-7 akan dibawa ke dalam perbincangan Pakatan
Harapan (PH) pada sesi akan datang.
Ahli baru DAP, Datuk Zaid Ibrahim bagaimanapun menyelar tindakan
mengangkat Anwar sebagai calon PM ke-7 dan menyifatkannya satu perbuatan
‘sombong’.
Zaid sebelum ini pernah mendesak Pakatan Harapan agar mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri mewakili pembangkang.
Dalam pada itu, mengulas tindakan Dr Mahathir yang menandatangani
petisyen pembebasan Anwar, Ramlah menyifatkan bekas perdana menteri itu
sebagai pemimpin yang tidak mempunyai integriti.
Katanya, tindakan pemimpin veteran tersebut seolah-olah satu 'pusingan
U' lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri yang 'menyumbat' Anwar ke
dalam semasa era pemerintahannya sebelum ini.
“Adakah pada masa dahulu dia seorang Perdana Menteri, dia fikirkan
kepentingan negara atau kepentingan diri dia sendiri dengan sumbat Anwar
Ibrahim dalam penjara.
“Jadi bagi saya taraf Tun Mahathir tu nak jadikan Anwar Ibrahim tu PM
saya rasa dia bukan jilat balik, saya rasa segala perkara buruk yang dia
dah buat dulu berpalit ke muka dia.
“Isunya sekarang, adakah yang dilakukan itu salah atau benar ikut
Mahathir, jadi kalau Mahathir suruh keluarkan dia (Anwar) bermakna
Mahathir pun seolah-olah buat silap tuduh Anwar dulu," ujar Ramlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan