PULAU PINANG: Bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP), Noor
Syazwani Md. Amin menfailkan saman terhadap bekas majikannya dan tiga
yang lain di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi menuntut ganti rugi
susulan pemecatannya.
Noor Syazwani dipecat sebagai ahli MBPP pada April lalu.
Peguamnya, Datuk Dr. Aswandi Mohamed Hashim berkata, Noor Syawani, 30,
mengemukakan enam tuntutan terhadap MBPP; Datuk Bandar MBPP; Setiausaha
Bandaraya MBPP dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Beliau memberitahu, dalam writ saman berkenaan, Noor Syazwani turut
menuntut supaya kesemua defendan membayar baki elaun bulan yang berhak
diterimanya sebanyak RM32,000.
“Selain itu, tuntutan berkenaan meminta supaya defendan-defendan
membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM50,000 akibat kepayahan yang
dialami anak guam saya selepas lantikannya selaku Ahli Majlis MBPP
dibatalkan tanpa sebab pada 19 April lepas,” katanya di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri telah menamatkan perkhimatan seorang ahli majlis tanpa mengemukan sebarang sebab.
Noor Syazwani pernah berkhidmat di MBPP kurang daripada empat bulan sebagai ahli majlis.
Namun dia telah dipecat daripada jawatan tersebut selepas mesyuarat exco negeri.
Noor Syazwani dilantik pada Januari lalu dan merupakan wakil pertubuhan
bukan kerajaan NGO daripada Persatuan Pasar Malam Melayu Pulau Pinang.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Chow Kon Yeow mengeluarkan
dalam kenyataannya menyatakan bahawa penyingkiran Noor Syazwani dibuat
mengikut Seksyen 10 (4) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan