HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Ogos 2017

Memali: Takiyuddin sifatkan Tun Mahathir pramatang kaitkan pemimpin Pas

BERNAMA

Takiyuddin Hassan2


Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengaitkan peranan pemimpin tertentu Pas mengeluarkan amanat sebagai punca berlakunya peristiwa Memali, adalah pramatang, kata Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata kerajaan belum lagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) namun pelbagai pihak telah membuat 'penghakiman dan keputusan' masing-masing tanpa memberi peluang kepada pihak yang dikatakan terlibat tampil memberi penjelasan.

"RCI tak tubuh lagi anda dah buat keputusan. Janganlah macam tu, biarlah RCI dengar (panggil semua pihak yang difikirkan terlibat... dengar (panggil) Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), dengar Tun Dr Mahathir, dengar Tun Musa Hitam.

"(Kemudian) barulah kita buat decision. Kita tak boleh pre-judge, buat keputusan awal," katanya ketika ditemui pemberita pada sambutan Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, hari ini.

Tiada ulasan: