HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Ogos 2017

Pelajar kemasukan September UNISEL terima rebat 30% yuran pendaftaran

OLEH SYAZWANI SUFIAN

 unisel_view


SHAH ALAM: Pelajar yang mendaftar di Universiti Selangor (UNISEL) di Hari Terbukanya hari ini dan esok bakal menerima rebat yuran pendaftaran sehingga 30 peratus.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Hasril Abu Hassan berkata, pihaknya menawarkan potongan itu setelah melibat kepada sambutan dan peningkatan pendaftaran yang menggalakkan pada Hari Terbuka UNISEL pada Mei lalu.

“Kesan daripada Hari Terbuka lalu, kita menerima kemasukan pelajar seramai 1,228 orang pada sessi Julai, ia merupakan antara kemasukan tertinggi dalam masa lima tahun ini.

“Bagi Hari Terbuka 2.0 kali ini, kita mensasarkan seramai 2,000 kemasukan pelajar untuk sessi September.

“Oleh itu, kita memberikan rebat sebanyak 30 peratus hari ini dan esok kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian di peringkat diploma, ijazah, master dan PhD,” katanya kepada SelangorKini.

Selain itu, UNISEL juga menawarkan pendidikan percuma sepanjang tahun dengan kos yuran pengajian ditanggung sepenuhnya untuk tahun asas di bawah Skim Dermasiswa Unisel.

Sementara itu, J. Sugania, 18, dan ibunya M. Amotha telah hadir mendaftar menjadi sebahagian daripada pelajar unisersiti itu.

Sugania berkata, dengan segala pengiktirafan dimiliki UNISEL membuatkan beliau yakin memilih universiti sebagai pusat pengajiannya dalam bidang perakaunan.

“Kemudahan terdapat di UNISEL juga menjadi salah satu tarikan saya kerana terletak di tengah pusat bandar dan pengangkutan seperti bas juga adalah percuma dan mudah didapati,” katanya.

Manakala, Nurul Nabila Mohd Rezadzudin, 18 berkata, yuran pengajian yang berpatutan serta kelebihan lain yang terdapat ni UNISEL antara salah satu faktor beliau memilihnya.

“Tiada perbezaan ketara dari segi yuran malahan UNISEL juga setanding dengan IPTA lain di luar sana.

“Kursus yang memang saya minati iaitu Teknologi Fotografi juga terdapat ini UNISEL. Lebih-lebih lagi UNISEL sangat dekat dengan rumah saya di Padang Jawa, Shah Alam,” katanya.=EZY=

Tiada ulasan: