MALAYSIAKINI
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bimbang lawatan Datuk Seri Najib
Razak ke Amerika Syarikat bulan depan akan membuktikan bahawa Jabatan
Kehakiman (DoJ) negara itu sebenarnya tidak memburu perdana menteri,
kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata surat terbuka
Kit Siang kepada anggota Kabinet jelas menunjukkan beliau cuba mengalih
perhatian daripada dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai
kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia lebih 25 tahun
lepas, yang memberi tamparan hebat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Salleh mengulas surat terbuka Kit Siang kepada anggota Kabinet
kelmarin yang menggesa mereka supaya membatalkan lawatan kerja Najib ke
Washington yang dijadulakan pada 12 September ini.
“Surat terbuka Lim Kit Siang kepada semua anggota Kabinet itu mungkin
tidak pelik jika ia dihantar seseorang yang baru melibatkan dalam
politik, tetapi bukan dari seseorang yang sudah berkecimpung lebih 50
tahun dalam bidang politik,” kata Salleh dalam catatan di laman blognya
sskeruak.blogspot.com, semalam.
Beliau berkata surat terbuka itu merupakan suatu percubaan aneh Kit Siang dan merupakan perbuatan yang bersifat amatur.
“Kesimpulannya, Kit Siang cuba mengatakan bahawa perdana menteri
tidak sepatutnya pergi ke AS untuk bertemu Presiden Donald Trump
sehinggalah beliau bebas daripada semua tuduhan berkaitan 1MDB.
“Apakah tuduhannya? AS tidak pernah membuat sebarang tuduhan terhadap
Najib. Dr Mahathir yang membuat semua tuduhan itu,” kata Salleh.
Beliau juga berkata kenyataan pemimpin pembangkang itu tidak logik
dan tidak masuk akal langsung serta tidak wajar dibuat oleh seseorang
yang sepatutnya ahli politik veteran.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan