Pas dinasihatkan supaya tidak berangan-angan seperti Mat Jenin dengan mendakwa mereka dapat menembusi kubu kuat Umno-BN di Kepala Batas dengan mudah.
Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata, dakwaan bahawa Pas akan memberi saingan yang hebat dan sengit kepada pihak lawan bukanlah suatu perkara mudah sepertimana yang dilaung-laungkan.
"Bukan sesuatu yang begitu mudah untuk menembusi kerusi Parlimen Kepala Batas yang begitu amat sinonim dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Kemungkinan besar apa yang mereka impikan hanya umpama angan-angan Mat Jenin sahaja.
"Pakatan Harapan pula menerima sambutan luar biasa semasa kehadiran Tun Mahathir di Kepala Batas baru-baru ini, " katanya mengulas mengenai keyakinan Pas untuk merampas Parlimen Kepala Batas daripada BN dalam pilihan raya umum ke-14.
"Sekiranya Pas yakin mereka boleh merampas Parlimen Kepala Batas seharusnya mereka sedar ceramah mereka pun begitu kurang jika dibandingkan dengan pengaruh Abdullah
"Walau bagaimana pun, mereka harus sedar pengaruh Tun Abdullah begitu kuat di Kepala Batas.
"Oleh kerana itu tidak harus ada mana-mana pihak yang mendakwa mereka mudah menembusi kubu kuat Tun Abdullah kali ini," katanya.
Menurut Guan Eng lagi, sebelum ini Pas Kepala batas mengakui akan memberi saingan yang hebat kepada mana-mana pihak lawan bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Namun begitu katanya, Pakatan Harapan masih mempunyai peluang yang besar bagi kawasan Parlimen yang lain seperti Tasek Gelugor yang dikuasai oleh Umno dan BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan