Hasrat kerajaan untuk mengawal kebebasan media atas talian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjadikan sambutan hari kemerdekaan tahun bagai tiada erti.
Ahli parlimen Klang, Charles Santiago berkata, adalah sukar untuk mempercayai jaminan menteri berkenaan bahawa tidak akan berlaku pencabulan terhadap kebebasan media jika cadangan itu dikuatkuasakan.
"Salleh patut tahu bahawa tidak ada sesiapapun yang akan termakan dengan jaminannya itu. Dan pihak kerajaan perlu diberitahu berulang kali bahawa tidak ada ertinya kebebasan jika kebebasan media itu sendiri tidak ada," katanya dalam satu kenyataan.Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak baru-baru ini mengumumkan cadangan kerajaan mewajibkan portal berita atas talian yang mempunyai jumlah pengunjung yang tinggi untuk berdaftar dengan kementerian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan