HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Ogos 2017

Program 'Oscar PDRM' dekatkan anggota dan masyarakat




Program Oscar yang diperkenalkan oleh polis diharap dapat mendekatkan polis dengan masyarakat setempat dalam menangani isu berkaitan jenayah.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, Program Oscar merupakan program kemasyarakatan apabila pegawai polis akan bertemu masyarakat khususnya pemimpin tertinggi dan membuat pemantauan yang kerap di kawasan 'panas' yang sering berlaku jenayah.

"Pegawai polis akan berjumpa dengan ketua kampung, persatuan penduduk dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), bagi membincangkan dan mengetahui masalah khususnya berkaitan jenayah," katanya kepada pemberita selepas taklimat Program Oscar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini malam tadi.

“Program Oscar ini akan dijalankan secara berterusan di seluruh daerah sehingga kadar jenayah di negeri ini berkurangan.

Pegawai polis ini akan dipecahkan kepada pasukan kecil dan dalam satu pasukan akan mempunyai empat atau lima orang pegawai,” katanya.-Bernama


Tiada ulasan: