KUALA LUMPUR: Ultra Malaya, penyokong tegar pasukan bola sepak tanah
air membayangkan mereka memboikot perlawanan akhir antara Malaysia dan
Thailand malam ini.
Mereka berbuat demikian sebagai solidariti kepada penyokong bola sepak selaku pemain ke-12 yang berdepan masalah tiket.
Pada kenyataan di Facebook, mereka mahu menunjukkan kuasa untuk mengubah sistem yang dianggap sering berlaku.
“Ultras Malaya berharap agar semua pihak yang berwajib dan berkaitan
membuka mata terhadap isu ini untuk kelangsungan dan kemudahan buat
penyokong di masa hadapan,” kata kenyataan itu.
Mereka berharap semua pihak berkaitan termasuk kementerian belia dan
sukan menjalankan tanggungjawab dan memberi penekanan isu tiket.
Semalam, kekecohan berlaku di Stadium Shah Alam berikutan ribuan
berbaris panjang sejak awal pagi, malah ada tidur di perkarangan stadium
tetapi pulang hampa.
Hanya lima kaunter tiket dibuka, mengakibatkan orang ramai hilang sabar lalu merempuh pagar penghadang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan