HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Ogos 2017

Najib perlu batal jumpa Trump, ikut Pope ke Myanmar

MALAYSIA DATELINE

Najib di perhimpunan Rohingya


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya menolak jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk melawat Rumah Putih bulan depan sebaliknya menyertai Pope Francis melawat Myanmar dan Bangladesh berikutan krisis terbaharu ke atas rakyat Islam Rohingnya.

Ketua Biro Antarabangsa AMANAH Raja Kamarul Bahrin Shah mempersoal keprihatinan Najib terhadap penderitaan umat Islam di negara jiran sedangkan akhir tahun lalu Najib mengadakan himpunan solidariti untuk Rohingya bersama Pas di Stadium Titiwangsa.

"Malangnya Najib lebih berminat untuk ke Amerika berjumpa Presiden Trump yang terkenal dengan sikap perkauman dan anti Islamnya.

"Di manakah keperhatinan Najib dalam penderitaan umat Islam dalam negara jiran kita di Myanmar? Isteri Presiden Turkey yang datang dari jauh dekat benua Europah pun pernah menyertai sendiri rombongan kapal bantuan untuk Rohingnya.

"Adakah Rosmah isteri Najib berminat berbuat demikian walaupun beliau pernah terbang menggunakan jet kerajaan untuk hanya menerima piala anugerah di Turkey tahun lepas? soalnya.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata, alasan yang digunakan Malaysia iaitu polisi tidak masuk campur tangan ehwal negara ASEAN adalah tidak masuk akal apabila pembunuhan beramai-ramai umat Islam secara berterusan berlaku di negara jiran sendiri.

" Ini adalah misi kemanusiaan mengikut Islam dan bukankah kita Islam semua bersaudara serta semua agama yang bertamadun mengikut prinsip yang sama. CENTHRA iaitu Pusat Penyelidikan Hak Asasi Manusia Antarabangsa mendesak polisi tidak masuk campur tangan ASEAN ini tidak terpakai dalam isu tragedi pembunuhan beramai-ramai Myanmar ini," katanya.

Serangan terbaharu oleh tentera Myanmar ke atas komuniti Rohingya menyebabkan berpuluh ribu orang Rohingnya terpaksa lari ke sempadan Bangladesh namun mereka telah dihalang memasuki negara tersebut.

Tiada ulasan: