HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Ogos 2017

Dr Mahathir Desak PAS Jangan Jadi Pengacau






Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak supaya PASjangan jadi “pengacau” ketika gabungan yang diketuainya, PH cuba untuk menembusi Terengganu –kubu musuh parti pembangkang.

“Tolonglah, jangan jadi pengacau. Saya sedih dengan PAS ini. Tak pernah menang, tak boleh jadi kerajaan. Tapi masuk jadi pengacau. Nak pecah belah orang Melayu supaya BN menang,” katanya dalam ceramah ‘Selamatkan Malaysia’ dekat Kampung Raja, Besut, Terengganu, malam tadi.

Turut berceramah bersama Dr Mahathir, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan Pengerusi Amanah Terengganu, Dato Raja Kamarul Bahrin Shah.

Dalam ucapannya itu, Dr Mahathir berkata PAS hanya mampu menawan paling banyak 13 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen ketika ia bertanding sendirian sepanjang 13 PRU yang lepas.

“Bila ia bekerjasama dengan DAP, mereka boleh menang 27 kerusi Parlimen. Jadi tak boleh kerajaan pun.

“Jadi bagaimana mereka boleh jadi ‘kingmaker’. Tolonglah, jangan jadi pengacau,” katanya.


Tiada ulasan: