Exco Wanita PKR Syarul Ema Rena Abu Samah (Gambar kiri) atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga mendesak aktivis politik Selangor Fariz Hadi membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mendakwanya pengendali facebook page 'Otai Bersih' dan dan ada hubungkait dengan facebook page 'Azmin Ali' serta mendakwa Fariz telah melemparkan kerusi dalam program Nothing to Hide 2.0.
Syarul Ema Rina yang hadir membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada jam 11 pagi ini ditemani suaminya, turut berkata, ia adalah fitnah jahat dibuat oleh Fariz untuk mengaitkan namanya dalam insiden yang berlaku dalam program Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam pada 13 Ogos lalu.
"Saya mebuat laporan polis berkaitan tuduhan Fariz Hadi merujuk berita yang saya lihat di Sinar tv yang menuduh saya sebagai admin page Otai Bersih dan admin page Azmin Ali dan menuduh beliau telah membaling kerusi.
"Semua tiga tuduhan terhadap saya itu tidak benar. Saya akan ambil tindakan undang-undang atas fitnahnya terhadap saya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Semalam Fariz mengadakan sidang medianya di Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam, turut mendesak Ratu Naga membuat permohonan maaf terbuka dalam tempoh 24 jam kerana Fariz mendakwa Ratu Naga menuduhnya memulakan kekecohan di program Nothing to Hide 2.0 anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Fariz dipetik berkata, fitnah jahat yang dibuat ke atasnya dibuat di Facebook bernama Otai Bersih. Yang kedua Ratu Naga kononnya beliau yang memulakan membaling kerusi dan melakukan rusuhan pada program Nothing To Hide 2.0 tersebut.
Beliau turut berkata, fitnah itu disebarkan secaras meluas menerusi WhatApp,Twitter dan Facebook yang mana Faiz mendakwa pengendali facebook Otai Bersih adalah pemilik sama akaun facebook Ratu Naga.
Menurut Syarul Ema Rena lagi, beliau sebelum ini banyak kali menjadi mangsa fitnah pihak tertentu sehingga beliau disiasat dan diserbu pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
"Saya juga telah memberikan password saya kepada SKMM untuk mereka siasat sekiranya saya pernah menulis sebarang kenyataan sebagaimana dakwaan Fariz Hadi itu.
"Fariz Hadi boleh mohon maaf dalam tempoh tiga hari.Jika tidak , saya akan menggunakan prosedur undang-undang terhadapnya," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan