shahbudindotcom
Semalam ,Pas Selangor mengumumkan untuk bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu.
Selain itu, Pas juga nampaknya sudah tidak berganjak lagi untuk benar-benar memastikan berlakunya pertandingan tiga penjuru.
Dalam
masa yang sama, Pas juga terlihat amat ghairah untuk turut serta
bertanding di Parlimen Gombak, DUN Bukit Antarabangsa dan DUN Kajang.
Gombak
dan Bukit Antarabangsa adalah kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar
Selangor, Azmin Ali, manakala Kajang pula diwakili oleh Presiden PKR,
Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Kenapa
Pas, selain beria-ia untuk berlawan tiga penjuru di Selangor, mereka
hanya bersungguh-sungguh di kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat
Pakatan Harapan saja?
Kenapa tidak pernah kita dengar Pas menunjukkan kesungguhan yang sama di kawasan yang sedia diwakili oleh UMNO?
Pernahkah kita dengar Pas mahu merampas Parlimen Tanjung Karang yang diwakili oleh Noh Omar?
Semua
ini dengan sendirinya mengesahkan Pas dan UMNO memang bekerjasama untuk
menghadapi pilihanraya akan datang, meskipun ketika ini mereka sedang
"makan setalam" dengan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor.
Apakah
jenis politik Pas ini, di ketika berkeras tak mahu keluar daripada
jawatan bergaji lumayan dalam kerajaan Selangor, tetapi dalam masa yang
sama berpakat dengan UMNO untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan?
Pendedahkan
oleh akhbar Singapura mengenai perkara itu di mana Hadi Awang dan Najib
Razak dikatakan berhubung hampir setiap hari dengan Najib Razak dan
sedang merangka kerjasama untuk menawan Selangor, tidak sukar diterima
kebenarannya.
Kecondongan
politik dan arah tuju Pas memang jelas ke arah itu, walaupun wajah
politik Najib adalah yang terburuk berbanding semua Perdana Menteri yang
kita ada sebelum ini.
Pas
nyata tidak peduli semua itu. Mereka bukan mahu menang pilihanraya,
sebaliknya hanya ingin membantu UMNO dan Najib mencapai cita-citanya.
Akhirnya, apa mesti Pakatan Harapan lakukan kepada Pas?
Pertama,
lupakan Pas dan tidak harus buat sebarang rundingan lagi dengan mereka.
Jangan buang masa, sebaliknya tumpukan kepada usaha mengukuhkan lagi
Pakatan Harapan dan memberi penerangan mengenai isu-isu lebih besar yang
berlaku dalam negara.
Jangan
percaya lagi dengan mana-mana pemimpin Pas yang kononnya bersimpati dan
tetap bersama perjuangan Pakatan Harapan. Pas sekarang sudah pandai
"main wayang" dan hanya mahu membuatkan mereka leka.
Pemimpin
Pas sebenarnya tetap wala' kepada Hadi dan Pas. Jika benar ada antara
pemimpinnya mengaku bersama dengan perjuangan Pakatan Harapan, mereka
mesti berani keluar dan meninggalkan Pas. Hanya itu pilihan bagi mereka.
Kedua,
Pakatan Harapan mesti buang semua Exco dan pemimpin Pas yang ada
jawatan lain dalam kerajaan Selangor dengan segera. Mereka kini adalah
"duri dalam daging" kepada Pakatan Harapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan