HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Ogos 2017

PAS bersedia hadapi pertembungan tiga penjuru, tidak gila kuasa

 
 
Oleh

PAS sudah bersedia untuk pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana ia sudah menjangkakan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk tidak bekerjasama dengan parti itu, kata Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Riduan Mohd Nor.

"Terpulang kepada PH untuk membuat keputusan. Ahli-ahli PAS juga telah diberi taklimat untuk bersedia menghadapi "peperangan" tiga penjuru, dengan BN dan dengan PH di mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN)," kata Riduan dalam satu kenyataan.

"PAS tidak pernah tamakkan kerusi, apatah lagi gila merebut kuasa ke Putrajaya," katanya lagi.
Riduan memberi kenyataan balas kepada keputusan Majlis Presiden PH malam semalam yang menolak sebarang kerjasama dengan PAS dalam PRU14.

Keputusan itu dibuat selepas kekeliruan yang dicetuskan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan kenyataan Presiden PKR Dr Wna Azizah Wan Ismail yang parti itu terbuka untuk berunding dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

Bagaimanapun, pemimpin-pemimpin PKR yang lain seperti Naib Presiden Rafizi Ramli secara terang membantah idea itu. Malah, Ahli Parlimen Selayang William Leong bertindak keluar daripada biro politik parti sebagai membantah langkah itu.

"Selangor pasti tumbang di tangan BN jika berlaku pertembungan tiga penjuru. Bagi golongan yang memandang rendah kepada PAS, mereka ini sudah mula kalut bahawa peranan PAS sebagai 'king maker' begitu dirasai."


Beliau juga meramalkan akan ada yang merasakan perjalanan PH untuk mengambil Putrajaya akan menjadi sukar tanpa bantuan PAS.

Riduan juga berkata hakikatnya tidak sukar untuk bersahabat dan bekerjasama dengan PAS kerana parti itu mengamalkan politik lurus, jujur, benar dan amanah.

"Islam adalah slogan dan matlamat perjuangan PAS, dan PAS boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja yang sanggup mengangkat dasar perjuangan ini. Namun jika Islam itu boleh dijual beli, boleh dicagar dan direndahkan, minta maaflah... merayu sekali pun PAS tidak akan sudi," katanya

Tiada ulasan: