Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir menolak desakan
dari dalam partinya supaya beliau berundur susulan dakwaan lebih
cenderung bekerjasama dengan PAS yang bukan sebahagian daripada Pakatan
Harapan (PH).
Sebaliknya, untuk membuktikan kebenarannya, dia turut hadir dalam
Majlis Perasmian PH Kelantan di Machang, yang dirasmikan oleh Pengerusi
PH, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
Ab Aziz berkata demikian susulan memorandum supaya dia melepaskan jawatannya, kerana dituduh mesra PAS Kelantan.
Memorandum mendesaknya meletak jawatan disokong Pengarah Pilihan Raya PKR Kota Bharu, Ahmad Syauqey Abdul Ghani.
Sementara itu, penganalisis politik Mohd Sayuti Omar (MSO) menulis secara terperinci mengenai pelancaran PH Kelantan :
Pakatan Harapan Kelantan siap sedia untuk tawan Kelantan
SELEPAS SUBUH
Bersama mengibar Jalung GemilangPeristiwa permulaan yang bakal melakarkan satu lagi sejarah besar
dalam politik di Kelantan telah berlaku di Machang Kelantan pagi Jumaat
semalam.Peristiwa itu ialah peluncuran Pakatan Harapan Kelantan (PHK) yang
membentuk satu entiti politik baru mengandungi empat buah parti,
Keadilan (PKR), DAP, Parti Amanah Negara Malaysia (Amanah) dan Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi dinilai oleh rakyat Kelantan.
Mohamad Sabu sedang menyampaikan ucapanBuat pertama kali semalam empat buah bendera parti itu dikibar dengan
penuh bersemangat oleh para pemimpin mereka bersama rakyat dalam majlis
yang merindingkan bulu roma dan menegakkan bulu tengkuk. Semalam rasmi
tegak bersamalah tiang bendera “Mata”, “Roket”, “Gunung” dan “Bunga
Raya” dan akan berkibar di seluruh penjuru negeri Cik Siti Wan Kembang. Peristiwa itu berlangsung di sebuah tapak khas di Machang Kelantan.
Sebahagian lebih 2,000 yang hadir.Kesemua pemimpin besar PH hadir. Kehadiran itu menjelaskan mereka
tidak pernah gusar dan kecut dengan segala macam halangan dan cabaran
yang sedang dan akan dihadang ke atas mereka. Majlis itu dirasmikan oleh Pengerusi Pakatan Harapan PBBM Dr Mahathir
Mohamad yang juga selaku pengerusi PPBM. Hampir semua pemimpin
tertinggi PH, termasuk Presiden Amanah Mohamad Sabu yang juga timbalan
Presiden PH, penasihat DAP, Lim Kit Siang, (DAP), Ketua Wanita Keadilan
Zuraidah Kamaruddin yang juga selaku Ketua Wanita Pakatan Harapan di
mana mereka sebagai mewakili parti masing-masing. Tentunya yang ada bersama, yang buat pertama kali menzahirkan
keakraban dan keazaman mereka di sebuah pentas ialah Penasihat PH
Kelantan yang juga Naib Presiden Amanah, Husam Musa, serta pengerusi
bersama PH Kelantan, Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan
Abdullah, Pengerusi Keadilan Kelantan Abd Aziz Kadir, pengerusi PBBM
Kelantan Kamaruddin Md Noor dan pengerusi DAP Kelantan Chua Chin Hui. Inilah pertama kali hampir semua pimpinan tertinggi PH berhimpun di
Kelantan terutamanya dari Kelantan. Turut sama hadir pemimpin PH lain
termasuk Zaid Ibrahim, Mohd Sobree Shafei yang juga selaku ketua
sekretariat PHK. Majlis peluncuran semalam adalah simbolik kepada
perpaduan PH Malaysia seluruhnya. Mungkin selepas upacara semalam, ia
akan diikuti oleh negeri-negeri lain juga yang akan meluncurkan PH
negeri masing-masing. Dan yang belum membentuk struktur kepimpinan akan
segera melakukannya. Sejarah akan berulang. Dari konteks Kelantan majlis semalam ia telah menjadi pra sejarah,
kerana dengan nekad, kesungguhan dan keazaman tinggi ditunjukkan orang
ramai di majlis itu tidak mustahil selepas ini Kelantan akan jatuh ke
tangan PH. Sejarah sebenar akan dapat disaksikan selepas Piraum akan
datang. Jika dilihat kepada sejarah-sejarah atau moment politik di
Kelantan sebelum ini, senario yang tertunjuk oleh PH kini ada
keirasannya. Sewaktu kerajaan Kelantan diambang kejatuhan tahun 1978 dahulu,
suasana sebeginilah juga yang dipamerkan oleh rakyat. Rakyat datang dari
segenap ceruk pekan dan kampung tanpa diupah atau diangkut menghadiri
setiap himpunan. Yang datang terdiri dari semua lapisan dan gender.
Mereka tidak mempedulikan kepada ugutan, caci maki, sumpah hamun hatta
tuduhan mengatakan mereka kafir dan sebagainya, demi memberi sokongan
kepada parti atau komponen baru. Bukan itu sahaja, sejarah kejatuhan kerajaan di Kelantan ia tertunjuk
apabila dalam parti pemerintah berlaku perpecahan, dan dalam masa sama
juga musuh-musuh dapat menyatukan diri membentuk entiti atau pakatan
baru sebagai alternatif. Kerajaan Pas berusia 18 tahun, jatuh tahun 1978 apabila Umno bersatu
dengan Berjasa dan rakyat tidak dapat menahan kemarahan mereka kepada
kerajaan ketika itu. Hasilnya kerajaan Pas jatuh hanya menang dua kerusi
sahaja. Begitu juga dengan kejatuhan kerajaan BN 12 tahun, pimpinan
Mohamad Yaacob jatuh apabila, Pas bersatu dengan Semangat 46 dan rakyat
kesal dengan kerakusan Umno memimpin negeri. Kesannya UBN kalah semua 52
kerusi Dun dan Parlimen. Nah, senario atau keadaan yang wujud tahun 1978 dan 1990 lampau kini
menjelma semula yang sudah pasti akan membawa kesan dan natijah yang
sama. Penyatuan pembangkang kini, bukan dengan dua entiti tetapi ada
empat entiti, Amanah, PPBM, Keadilan dan DAP. Tentunya mereka ini akan
disokong oleh rakyat yang kecewa dengan gelagat pemimpin kerajaan yang
ada hari ini dan juga kegagalan pemimpin memenuhi atau melakukan
beberapa perubahan yang dijanjikan kepada mereka sejak 27 tahun lepas. Justeru, peristiwa di Machang semalam, sedang berputik ke arah itu.
Ia akan menjadi sejarah seperti yang berlaku di Bukit Abal atau Kok
Lanas suatu waktu dulu. Didua tempat dan dua peristiwa itulah Pas
mengumpul kembali kekuatannya untuk bangkit selepas kalah teruk. Majlis semalam memberi amaran awal kepada Pas Kelantan untuk bersiap
sedia membungkus tungku lekar dan tikar bantal untuk kembali menjadi
dagang seperti dahulu. Signal atau pelawaan Amanah sebelum ini agar PAS
bersikap lebih terbuka dan menginsafkan keadaan juga sudah berakhir.
Dengan terluncuranya PHK semalam maka tiada lagi apa-apa pujukan,
rundingan untuk Pas bersama PH bagi mengekalkan kerajaanya yang
ditinggalkan oleh Nik Aziz. Maka Pas tidak boleh memandang remeh dengan
peristiwa semalam. Mulai semalam Pas perlu menginsafi diri bahawa dirinya kembali akan
menjadi dagang kecuali ia mengambil keputusan berani mengumumkan atau
mendaftarkan pernikahan gelap mereka yang berlaku sekarang dengan Umno
di mahkamah. Sabotaj. Selain itu signifikan dari berlansungnya majlis senalam juga, ia
merupakan “paku rapat jik” (kemas kemin) ke atas susunan jabatan tangan
empat buah parti di Kelantan; Amanah, PPBM, Keadilan dan DAP. Selepas
ini tidak akan kedengaran lagi PKH retak dari dalam atau bersifat pepet
di luar rencung di dalam.
Tompokan ikan busukSelain kekompakan pemimpin yang terpamer semalam, apa yang merujakan
ialah apabila rakyat atau orang ramai sanggup datang walaupun suasana
di tapak perasmian itu tidak kondusif. Ia bukan sahaja becak dan lecah
kerana malamnya hujan lebat, tetapi ada perbuatan sabotaj untuk
menghalang orang ramai daripada mendatanginya. Khabarnya di sebelah malam, ada “hantu jembalang” telah melemparkan
perut ikan dan ikan busuk di sepanjang jalan besar berdekatan tapak
majlis itu menyebabkan keadaan bau busuk “bangar”. Saya sendiri terkesan
apabila memasuki ke kawasan berkenaan tiba-tiba hidung disumbat dengan
bau macam bangkai biawak. Waktu saya tiba masih kedapatan banyak tompokan perut ikan di
sepanjang jalan. Katanya terdapat beberapa beg plastik perut ikan yang
tidak sempat ditabur dan diecerkan. Kerana baunya dahsyat menyebabkan
para petugas dan pengawal keselamatan itu terpaksa menyiramnya dengan
klorok untuk mengurangkan baunya. Beberapa plastik perut atau ikan busuk
yang tidak sempat diecerkan dikambus oleh petugas.
Seorang pertugas cucur klorok.Kandatipun majlis itu disabatoj tetapi ia tidak sedikitpun menghalang
orang ramai menghadirinya. Mereka masing-masing mengalpakan bau itu dan
terus melangkah menuju ke tapak perluncuran. Mereka tanpa segan dan
jijik memijak perut ikan dan ikan busuk itu berjalan menuju tapak
peluncuran penuh bersemangat dan rasa jengkil. Inilah dikatakan bila hati sudah marah dan diri dikuasai semangat,
apa sahaja dilakukan tidak akan pedulikan. Mereka pijak dan lanyak
sehingga akhirnya perut ikan dan baunya hilang. Di pentas juga tidak ada
mana-mana pemimpin yang berucap menarik perhatian mengenai perbuatan
jahat itu. Semua ini berlaku apabila masing-masing sudah bersemangat dan
tidak mahu memperdulikan apa sahaja halangan dan rintangan mendatang. Bagi saya pula perbuatan sabotaj itu satu ujian kepada pendukung
Pakatan Harapan. Dengan adanya ujian itu dan mereka melepasinya (lulus)
dengan baik bermakna semangat rakyat untuk melihat perubahan sangat
tinggi. Lulus ujian. Pihak penganjur majlis itu mungkin perlu berterima kasih atas
perbuatan hantu jembalang itu kerana ia telah dapat menilai sejauh mana
dan sekuat mana semangat rakyat menyokong perubahan PH yang hendak
lakukan. Tanpa prejudis katanya perut-perut ikan busuk itu dibawa dari
pelabuhan Tok Bali di Semerak? Siapakah yang berhati perut ikan busuk
sukar untuk dikesan? Dengan terluncurnya PH Kelantan, ia menunjukkan kepaduan dan nekad
parti-parti gabungan PH untuk menawan Kelantan sangat tinggi. Kejayaan
majlis semalam, menempatkan empat orang pemimpin PH yang sebelum ini
dilihat belum lendik, menjelaskan mereka sudah siap siaga untuk bergerak
sederap menuju ke peti undi, bagi menumbangkan kerajaan Pas Kelantan. Mungkin kehadiran dan kejayaan majlis semalam tidak boleh ditilik
dari segi angka. Jumlahnya tidak berskala besar tetapi majlis itu sangat
mantap. Saya difahamkan kehadirannya diluar jangkaan tuan rumah.
Kemunculan wajah-wajah veteran baik lelaki dan wanita menunjukkan akar
umbi memberi sokongan kerana mahukan perubahan. Cuma golongan muda masih
kelekaan atau belum dapat merasai kesangsaraan hidup gara-gara
kleptokrasi lalu kini masih kurang. Tumbangkan kleptokrasi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Kebangsaan kemudian lagu Jalur
Gemilang. Saat nyanyian lagu Jalur Gemilang, dapat dirasakan betapa
pemimpin dan rakyat bersatu sama-sama mengangkat dan mengibar jalur
gemilang menandakan sayangnya kepada negara ini. Terserlah apa yang
tersemat dalam hati, saat jalur gemilang dikibarkan, mereka mahu
menumbangkan kerajaan klepktokrasi. Dalam tinjauan rengkas dan bertanya mereka yang menemui saya,
rata-rata masing-masing menyatakan, PH perlu melupaka Pas. Mereka setuju
dengan penegasan Dr Mahathir yang menyebut tidak perlu berunding dengan
Pas lagi. Manakala Husam dalam konotasi lebih lunak membilang, agar
selepas ini jangan ada khilaf lagi untuk bersama Pas. Pandangan
kedua-dua pemimpin ini disokong penuh oleh rakyat. Kenyataan itu juga
perlu menjadi kunci untuk tidak berubah lagi. Kesungguhan yang terpancar dari majlis semalam apabila, PH sudah
mengumumkan janji atau tawaran rakyat kepada Kelantan yang disampaikan
oleh Penasihat Amanah PH Kelantan, Husam Musa. Ada enam Perkara yang
diumumkan sebagai permulaan, ia mengcakupi; 1. Tadbir Urus Kerajaan.
2. Pengurusan Kewangan dan penjanaan ekonomi.
3. Pengurusan sumber asli dan alam sekitar.
4. Sosial dan keselamatan.
5. Islam. Menurut Husam tawaran itu sebagai permulaan atau appetizer, masih
banyak tawaran lain yang akan dikemukakan. “Jika ia diibaratkan kepada
menu tawaran itu hanya berupa ulam-ulaman, kueh mueh ataupun air
minuman, tetapi tawaran besar nasi dagang, ayam panggang, kambing golek
belum lagi,” ujarnya disambut dengan tepukan membanggakan. Sendanya ia
tidak boleh diumum kesemua tawaran kerana bimbang akan ditiru oleh Pas. Selain itu turut sama disenaraikan beberapa kelemahan kerajaan
Kelantan hari ini yang perlu ditangani atau pun diperbaiki. Kelemahana
ini menjadi komitmen PH untuk mengubahnya demi rakyat Kelantan.
Kelemahan dan kecacatan inilah juga menyebabkan kerajaan berslogankan
“Membangun Bersama Islam” hari ini dilihat sebagai terbengkalai.
Antaranya ialah: A. Kelemahan kepimpinan dan pentadbiran.
B. Kewangan dan Ekonomi.
C: Kerosakan ekologi.
D: Pengursan hasil mahsul negeri.
E. Sumber manusia.
F. Perkhidmatan bekalan air. Segala kelemahana yang berlaku dalam kerajaan Kelantan yang
menyebabkan kerajaan Kelantan rugi, termasuk kerana disaman atau
pembangunan tidak seimbang akan diatasi oleh PH. Sekiranya PH diberi
mandat memimpin Kelantan ia mampu melaksanakan atau memenuhi kehendak
rakyat yang diperdayakan oleh Pas dengan menggunakan agama itu kerana
dalam PH mempunyai pakar-pakar dalam bidang diperlukan apabila
kebanyakan mereka adalah pemimpin profesional yang lebih praktikal dalam
tindakan dan ideanya. Kesimpulannya dengan peluncuran PHK semalam, tiada lagi masa untuk
para pemimpin dan pendukung untuk meriba tangan dengan memasang
angan-angan tanpa bertindak, atau berpolemik sesama sendiri sehingga
membawa “kerajukan” yang merugikan semua pihak. Yang paling penting juga ikatan dan komitmen dalam parti perlu
diperkejapkan lagi, terutamanya dalam parti Keadilan. Hayatilah maksud
dan makna nama parti itu sendiri, “Keadilan” dan nekad dengan seruan
pemimpin anda, “lawan tetap kawan”, dan “lawan sampai menang. Rahsia dan
kunci kejayaan ialah nekad dan bersatu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan