HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Ogos 2017

Annuar Musa: Biar Najib tentukan kerjasama dengan PAS



Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, Majlis Tertinggi parti memberi mandat penuh kepada Najib Razak membuat keputusan terhadap sebarang usaha berhubung kerjasama dengan PAS.


annuar-musa-1


KUALA TERENGGANU: Majlis Tertinggi (MT) Umno menyerahkan kepada presiden parti itu untuk menjalin sebarang kerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, MT memberi mandat penuh kepada Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan terhadap sebarang usaha berhubung kerjasama dengan PAS.

“Dari segi MT, kalau bercakap tentang kerjasama, tentu ada skop, bidang, kaedah. Tidak boleh kerjasama secara longgar begitu…kalau kata bekerjasama, akan ada rundingan, persefahaman dan sebagainya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Annuar yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Isnin lepas yang memutuskan tidak akan bekerjasama dengan PAS pada PRU14.

“Dari segi Umno, sehingga hari ini kita tiada buat keputusan tidak bekerjasama (dengan PAS).
Malah, Umno ada membuat pendirian dalam hal membawa kebaikan kepada rakyat, kita hendak bekerjasama,” katanya.

Tiada ulasan: