SHAH ALAM: Mohd Hafidz Rizal Amran mendakwa pemecatannya sebagai Ketua
AMK Kelantan dibuat melalui proses yang tidak wajar, iaitu hanya melalui
aplikasi WhatsApp.
Katanya, beliau hanya menerima arahan pemecatan dan surat rasmi melalui
aplikasi smartphone itu daripada Ketua AMK Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad.
“Saya percaya, keputusan ini dibuat oleh YB Nik Nazmi secara sepihak tanpa melalui perbincangan yang sewajarnya,” katanya.
Hafidz mendakwa pemecatan itu tidak melalui mesyuarat biro politik AMK
atau majlis pimpinan pusatnya yang didakwa tidak bersidang sejak Mac
2017.
“(Ia juga) tanpa melalui proses perundingan dengan pengerusi MPN
Kelantan sebagaimana yang termaktub dalam Peraturan Tetap AMK,” katanya
lagi.
Pemecatan Hafidz semalam membawa ke episod baru terhadap kemelut
dalaman PKR Kelantan susulan perbezaan pendirian berkaitan kerjasama
dengan PAS.
Hafidz antara pemimpin negeri yang mendukung kerjasama PKR-PAS walaupun hubungan rasmi kedua-dua parti sudah dibatalkan.
Isu kerjasama PKR-PAS kembali hangat selepas Timbalan Presiden PKR,
Datuk Seri Azmin Ali berikrar akan meneruskan rundingan dengan PAS
sebagai persediaan menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ikrar itu dibuat Azmin selepas beberapa hari beliau dilantik menjadi Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH).
PH semalam bermesyuarat dan memutuskan menutup pintu rundingan untuk
PAS dan bersedia untuk pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan
datang.
Isu itu muncul kembali selepas Timbalan Presiden PKR Datuk Sri Azmin
Ali mendedahkan pihaknya mengadakan rundingan “sangat tidak rasmi”
dengan PAS.
Pakatan Harapan lewat malam tadi menegaskan menolak kerjasama dengan
PAS serta bersedia untuk pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya
umum akan datang.
Azmin bagaimanapun tidak menghadiri mesyuarat itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan