shahbudindotcom
Demi
takut kehilangan kuasa dan tindakan undang-undang mungkin bakal
menantinya jika tidak lagi menjadi Perdana Menteri, Najib Razak adalah
pemimpin paling kerap memainkan sentimen seolah-olah UMNO satu-satunya
parti pembela kepada orang Melayu.
Antara
kata-katanya ialah orang Melayu akan jadi bangsat jika UMNO kehilangan
kuasa, di samping mereka juga didakwanya tidak lagi menjadi kaum yang
akan diberi keutamaan di negara ini.
Seiring
itu, ramuan menakut-nakutkan orang Melayu itu direncahkan lagi dengan
gambaran kononnya selepas UMNO kehilangan kuasa, DAPlah yang paling
berkuasa.
Beberapa
pemimpin UMNO juga kerapkali mendendangkan lagu yang sama seolah-olah
parti itu mesti dikekalkan berkuasa sehingga kiamat.
Sementara
UMNO di bawah pemimpin sebelum ini dilihat lebih membela rakyat dan
keinginan mengekalkan kuasa itu benar-benar untuk meneruskan
kesinambungan terhadap pembangunan negara, sebaliknya hasrat Najib
memastikan UMNO kekal berkuasa hanyalah untuk menyelamatkan dirinya
semata-mata.
Hilang kuasa Najib sebagai Perdana Menteri, "bye byelah" segala-galanya.
Namun,
kenyataan terbaru Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan
berkaitan Melayu dan UMNO benar-benar merupakan tamparan kepada Najib.
Kata
beliau, UMNO tidak boleh lagi berpegang kepada falsafah bahawa orang
Melayu memerlukan parti itu, tetapi sebenarnya UMNO yang lebih
memerlukan sokongan Melayu demi kelangsungan hidupnya.
Orang
Melayu kini sudah banyak pilihan seperti Pas, PKR dan Bersatu. UMNO
tidak boleh terus leka dengan terus mengatakan orang Melayu memerlukan
kita, kata beliau kata berucap merasmikan mesyuarat UMNO Sembrong,
Johor.
Dengan
gambaran itu, sebagai antara pemimpin cerdik yang tinggal dalam UMNO
serta rekod kerjaya gemilang sebagai Pengarah Urusan Mercedes-Benz
sebelum menceburi politik, ia dengan sendirinya menafikan kata-kata
Najib sebelum ini.
Pertama,
UMNO bukan lagi satu-satunya parti untuk orang Melayu dan Pas, PKR
serta Bersatu juga adalah parti pilihan untuk mereka.
Yang kedua, bukan orang Melayu memerlukan UMNO, sebaliknya UMNO itu sendiri lebih memerlukan sokongan Melayu.
Dalam
bahasa paling mudah, orang Melayu tidak mati, jauh sekali terbangsat
jika tanpa UMNO, tetapi UMNO akan merempat dan mungkin ada pemimpinnya
yang terpaksa masuk penjara kiranya orang-orang Melayu tidak lagi
menyokong parti itu.
Ertinya
juga, tidak menjadi kesalahan sama-sekali jika orang Melayu tidak lagi
menyokong UMNO kerana pilihan lain sedia terbentang sebagai alternatif,
bahkan parti baru umpama kenderaan baru, tentunya lebih laju dan lancar
perjalanannya dalam membawa bangsa dan negara menuju mercu kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan