PUTRAJAYA: Mesej utama yang mahu disampaikan Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkenaan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dibuat
dengan baik, malah disensasikan.
Setiausaha Akhbarnya Datuk Dr Ibrahim Yahaya mendakwa mesej utama Ahmad
Zahid sebenarnya mahu Umno tidak diperalatkan demi kepentingan peribadi
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
"Zahid kata (Tun Dr) Mahathir guna Umno untuk kepentingan diri dan
keluarga beliau dan setelah dapat digunakan, beliau keluar Umno dan jadi
pembangkang, malah, beliau bersekongkol dengan DAP iaitu musuh ketatnya
selama ini.
"Namun, belaiau tidak hairan sikap Dr Mahathir sebegitu kerana PM yang
memerintah Malaysia 22 tahun bukan asalnya orang Melayu tetapi
keluarganya dari Kerala, India, itu saja.
"Tetapi apa yang terjadi ialah satu kejadian hiruk-pikuk dan keadaan
tidak tentu arah dalam media sosial terutama penyokong kuat Mahathir
atau mereka yang ingin mengambil kesempatan," kata Ibrahim.
Ahmad Zahid ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno bahagian
Kelana Jaya kelmarin menjelaskan asal usul keturunan Dr Mahathir dengan
menayangkan salinan kad pengenalan lamanya di telefon bimbit.
Bagaimanapun, dalam membuat kenyataan itu, Ahmad Zahid berkata beliau
tidak membuat serangan peribadi dan menegaskan secara "kebetulan" beliau
adalah menteri dalam negeri ketika menerima maklumat itu.
Ibrahim berkata, sesetengah pihak menggunakan isu itu dan mendakwa Ahmad Zahid menghina mamak.
"Mereka silap kerana yang ditegur hanyalah hubungan kenyataan Mahathir terhadap Melayu serta sikapnya sekarang pada Umno.
"Apa yang Ahmad Zahid cuba tonjolkan ialah ibarat 'habis madu sepah
dibuang' yang ditonjolkan Mahathir bukanlah sifat orang Melayu dan sebab
mengapa beliau berbuat demikian adalah kerana dia bukan Melayu sejati,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan