CARA hidup Lesbian Gay Bisexual & Transgender (LGBT), peluk anjing, wanita menjadi imam kepada lelaki, anak tidak sah taraf dibinkan dengan nama bapa biologi antara ciri-ciri negara maju. Menolak perkara-perkara ini boleh dianggap membawa kepada kekolotan dan paling dahsyat melanggar hak asasi manusia.
Para
sekularis dan liberalis muncul dengan berani di sana-sini dan mereka
memakai topeng Islam. Mereka mendakwa menganuti Islam yang sesuai dengan
keperluan zaman dan ajaran Islam yang kita terima sejak zaman
kanak-kanak dulu sudah ketinggalan zaman.
Institusi
agama dituduh memundurkan pemikiran umat Islam apabila menentang LGBT,
anak tidak sah taraf dibinkan nama bapa biologi, memeluk anjing dan
beberapa lagi. Untuk menjadi maju mengikut sekularis dan liberalis ini
ialah menerima gaya hidup yang diperjuangkan. Dengan menggunakan topeng
Islam, mereka meletakkan diri sebagai orang Islam. Ini lebih bahaya
daripada musuh Islam yang tidak memakai “baju Islam.”
Hari ini
siapa sahaja yang menentang gaya hidup baru yang sedang diperluaskan
akan dianggap sebagai kolot dan tidak berperikemanusiaan. Maka tidak
hairanlah baru-baru ini seorang wanita bertudung dengan selamba memeluk
dan mencium anjing.
Mereka
cuba mengheret institusi agama untuk terperangkap dengan polemik di mana
akhirnya mereka yang meraih kemenangan moral. Walaupun semua orang
Islam percaya tidak ada keperluan untuk memeluk dan mencium anjing
tetapi para sekularis dan liberals menganggap ini satu “keperluan”.
Dalam pada
itu ada juga orang Islam yang dipergunakan oleh agen-agen anti-Islam
dengan mempotretkan diri sebagai sarjana Islam dan diundang mewakili
negara dalam acara-acara Islam sekular di peringkat antarabangsa. Mereka
inilah yang memperjuangkan gaya hidup LGBT, peluk anjing, wanita
mengimamkan lelaki dan anak tidak sah taraf dibinkan bapa biologi.
Maka
sedikit sebanyak tertanam dalam pemikiran orang Islam bahawa pegang atau
tidur dengan anjing adalah Islam yang “maju” dan “moden.” Jadi, kita
orang Islam yang “kolot” ini tidak perlu memberikan reaksi yang
berlebihan. Sebaliknya kita alu-alukan supaya mereka terus maju
bersama-sama anjing dan LGBT seperti yang mereka mahu. Tetapi ini
bukanlah “menganjingkan”. Ini ikhlas supaya lebih terserlah wajah
sebenar mereka.
Tidak
perlu menggunakan hujah agama kepada puak-puak ini. Kita pun tidak tahu
benarkah yang memegang anjing atau pejuang LGBT itu Islam atau tidak
sekadar pelakon. “Baju” Islam mudah dipakai oleh sesiapa dan di
mana-mana. Mungkin lepas ini ada pula yang pakai serban atau jubah yang
peluk babi. Tidak mustahil. Kita jangan teruja mempercayai itu adalah
orang Islam.
Seandainya
benarlah mereka itu Islam dan kalau tidak memegang atau tidur dengan
anjing mereka akan sakit atau gila, biarlah mereka dengan keanjingan
itu. Ini kerana orang waras yang gila lebih bahaya daripada anjing gila.
Kita kena mengasingkan diri dengan kegilaan dan keanjingan mereka.
Kita tidak
perlu menghentam atau menasihat. Mereka itu orang yang hebat-hebat. Ada
yang bertaraf sarjana atau “ulama” di sisi sekularnya. Tidak perlu
tunjuk minat untuk ambil peduli tentang mereka.
Cuma saya
minta kepada golongan Islam “maju” itu janganlah memperagakan di media
sosial yang seolah-olah mengajak orang Islam yang “kolot” mengikut cara
hidup mereka. Kalau mereka suka makan bangkai, jangan anggap semua orang
suka bangkai. Kalau mereka tidak cukup anjing, saya boleh minta kawan
saya tangkap selori anjing liar untuk diberikan secara percuma.
Buat
apalah hendak dihebah di media sosial? Pegang anjing atau tidur dengan
anjing bukanlah hebat sangat pun. Lainlah kalau tidur dengan buaya.
Patutlah dihebah. Itupun kalau bukan buaya darat. Hendak kahwin lelaki
dengan lelaki, kahwinlah.
Kalau
suatu hari nanti mereka ini digigit anjing, janganlah panggil orang
media membuat liputan. Anjing gigit manusia tidak ada “news value”. Kalau hendak masuk surat khabar atau televisyen mereka kenalah menggigit anjing. Itu baru ada “news value”. Begitu juga kalau lelaki kahwin lelaki jangan promosikan di media, itukan sudah “biasa”.
*Ku Seman Ku Hussain, Bekas Pengarang Mingguan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan