Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM: PAS Kelantan bersedia menerima apa jua keputusan yang akan
dibuat pucuk pimpinan berhubung kesediaan membuka kembali pintu
rundingan dengan komponen Pakatan Harapan dalam mendepani Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14).
"Bagi PAS Kelantan kita akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat
kepimpinan PAS Pusat," kata Setiausaha PAS Kelantan Datuk Che Abdullah
Che Mat Nawi.
Namun beliau menegaskan sebarang percaturan perlu menguntungkan Islam seperti mana dinyatakan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin.
"Maksudnya apa-apa keputusan nanti PAS Kelantan akan ikut.
"Sama ada ada kenyataan daripada Mursyidul Am atau tidak bagi PAS cukup
jelas walau apa sahaja tindakan yang dibuat oleh PAS ialah tindakan
yang menguntungkan Islam," katanya kepada Antarapos.
Che Abdullah mengulas mengenai respons balas Hashim yang mengatakan PAS
masih membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti dengan syarat
kerjasama yang terjalin menguntungkan Islam.
Hashim berkata sungguhpun partinya tiada lagi hubungan tahaluf siyasi
dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan namun rundingan masih boleh
dijalankan atas konsep taawun.
Terdahulu Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang
dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan menyatakan
kesediaan untuk berunding dengan PAS dalam mendepani PRU14 akan datang.
Menurut Azmin, tindakan itu penting supaya tiada pertembungan sesama
pembangkang memandangkan PAS kini bukan sebahagian daripada gabungan
berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan