HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 September 2017

Pendatang asing berniaga di Malaysia tidak sah, kata MEF

 
Pendatang asing yang berniaga boleh diambil tindakan di bawah Akta Imigresen dan Akta Kerajaan Tempatan.


shamsuddin-bardan_mef_workers_6001


PETALING JAYA: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) hari ini mengingatkan bahawa pendatang asing yang berniaga di negara ini tidak sah dan harus dikenakan tindakan.

Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan berkata pendatang asing yang berniaga boleh diambil tindakan di bawah Akta Imigresen dan Akta Kerajaan Tempatan.

“Kalau nak berniaga mesti mendapat premis dan lesen yang sah,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau menambah kerajaan tidak perlu menggubal undang-undang baru untuk menghalang pendatang asing berniaga kerana peraturan sedia ada memadai untuk menghalang dan membanteras kegiatan itu.

Semalam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah berkata rakyat tempatan patut lebih berjaya daripada warga asing yang tinggal di negara ini.

“Jika warga Indonesia mampu mencari nafkah di sini, rakyat Malaysia patut lebih berjaya,” katanya dalam ucapannya pada hari graduasi 1MET kelmarin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan mengatakan ekonomi Malaysia terkebelakang berbanding negara membangun lain. Beliuau juga berkata jika ada rakyat yang miskin, ia disebabkan mereka tidak cukup berusaha.

“Jika mereka mempunyai tangan, kaki dan boleh berjalan, mereka boleh mencari nafkah di Malaysia,” katanya. Katanya lagi, terdapat 4 juta warga asing di negara ini dan sesetengahnya menjalankan perniagaan.

Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen bagaimanapun mempersoalkan mengapa pendatang asing berpeluang berniaga di negara ini sedangkan mereka sepatutnya bekerja di bawah majikan dan bukannya menjalankan perniagaan.

Beliau menggesa pihak berwajib agar lebih tegas membabitkan isu itu dan tidak membiarkan pendatang asing menutup peluang pekerjaan kepada warga tempatan.

Tun Mahathir bawa masuk individu bermasalah dalam Umno, dakwa Abdul Kadir

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca berlakunya amalan kronisme dan politik wang berleluasa dalam Umno hingga hari ini.
 
Jelas Abdul Kadir, tindakan Dr Mahathir membawa beberapa individu yang enggan beliau namakan mengundang keruntuhan moral dalam Umno pada era bekas perdana menteri keempat itu.
 
"Penyakit ini bermula waktu Tun Mahathir, ia indah dan cantik waktu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Ismail dan juga pada awal pemerintahan Tun Dr Mahathir waktu dia amalkan konsep bersih, cekap dan amanah.
 
"Silapnya beliau (Mahathir) membawa masuk orang-orang tertentu yang saya tak nak sebut namanya yang mana orang ini bila masuk bermulalah keruntuhan dan penyakit-penyakit dalam Umno iaitu pada pertengahan 1980," katanya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos baru-baru ini.
 
Abdul Kadir menambah sebelum pemerintahan Mahathir sumber kewangan Umno berasaskan kepada syarikat yang ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan.
 
"Misalnya Pemuda Umno zaman tahun 1970 kita beri amaran kepada pimpinan kita jangan kutip duit.
 
"Umno mesti berdikari tapi macam mana nak berdikari jadi kita menggalakkan Umno tubuh syarikat untuk berniaga dan pemegang saham adalah presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung sebagai pemegang amanah pada parti," katanya.
 
Umno perlu kembali ke pangkal jalan ------------
 
Mengulas lanjut bekas menteri Kabinet ini berkata melalui syarikat berkenaan Umno membiayai perbelanjaan parti tanpa perlu bantuan kewangan pihak luar.
 
"Syarikat ini berdaftar dan ini ialah sebuah syarikat untuk membiayai parti, jadi ia buat berniagalah.
 
"Alhamdulillah pada awalnya Umno dan Parti Perikatan juga tak perlu minta duit daripada orang, tiada siapa nak bagi duit percuma sebab kalau bagi duit itu adalah harapan untuk dapat sesuatu," katanya.
 
Namun menurut Abdul Kadir, era pentadbiran Mahathir telah merosakkan segala usaha pemimpin terdahulu selain mewujudkan politik wang dan kronisme dalam Umno yang diteruskan perdana menteri hari ini.
 
"Sebab itu beliau (Datuk Seri Najib Razak) jawab perkara itu sehingga sekarang bukan salah untuk meminta dan menerima dana politik tidak salah dari segi undang-undang.
 
"Sama juga zaman dulu waktu syarikat-syarikat Umno diambil alih kroni-kroni ia ambil duit juga dari UEM, Renung dan MAS yang telah diswastakan," katanya.
 
Justeru Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) ini menasihatkan pimpinan Umno supaya balik ke pangkal jalan seperti mana diawal penubuhan parti berkenaan.
 
"Jawapannya adalah balik ke pangkal jalan seperti zaman Tunku ABdul Rahman dan Tun Abdul Razak yang mana dana politik dan politik wang diharamkan," katanya.
 
 

Rakyat Malaysia ke Bali perlu waspada

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JAKARTA: Rakyat Malaysia yang datang ke Bali samada untuk bercuti atau urusan lain, diingatkan sekali lagi agar memaklumkannya kepada Pejabat Konsul Kehormat Malaysia di pulau itu bagi memudahkan komunikasi berikutan gunung berapi Gunung Agung masih berstatus 'awas'.
 
Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, berkata pada masa ini pihaknya dan Pejabat Konsul Kehormat sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia yang berada di Bali terutama pelajar, ekspatriat dan pelancong.
 
"Pihak kedutaan juga telah menyelaras dengan pelajar-pelajar Malaysia di Bali untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya di sini hari ini.
 
Sebelum ini, pihak konsulat telah menghubungi beberapa pelajar Malaysia yang berada di dalam zon bahaya iaitu dalam lingkungan 12 kilometer dari puncak gunung agar berpindah ke tempat selamat.
 
Menurut laporan sebuah agensi portal berita, Zahrain turut meminta nasihat serupa dikeluarkan oleh syarikat penerbangan Malaysia yang membawa rakyat Malaysia ke Bali.
 
Rakyat Malaysia boleh mendaftarkan kehadiran mereka di Bali menerusi Facebook @embassymalaysiajakarta dan Twitter @myembjkt, atau menghubungi kedutaan besar di Jakarta menerusi talian +62215224947 atau +6281380813036 (selepas waktu pejabat) atau e-mel mwjakarta@kln.gov.my.
 
Bagi yang berada di Bali pula boleh menghubungi Pejabat Konsul Kehormat Malaysia di Puri Kumara Sakti, Jalan Bentuyung, Ubud, Gianyar, 90571 Bali atau telefon +62361973182/ +6281237154050 atau e-mel balihcmalaysia@gmail.com.
 
Media tempatan hari ini melaporkan setakat ini pihak berkuasa sudah memindahkan lebih 200,000 penduduk dari kawasan zon bahaya sejak gunung berapi itu mula mengeluarkan asap tebal dan berlaku beberapa gempa kecil.
 
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi mengesahkan status Gunung Agung yang terletak di daerah Karangasem boleh meletus pada bila-bila masa dan rakaman satelit menunjukkan ada rekahan pada kawah gunung setinggi 3,031 meter dari aras laut.
 
Gunung berapi tertinggi di Bali itu pernah meletus dan memuntahkan lahar pada September 1963 yang mengorbankan lebih 200 nyawa dan memusnahkan ribuan rumah di kawasan sekitarnya.
 
Sementara itu, Gabenor Bali, I Made Mangku Pastika, dipetik meminta orang ramai tidak menyebarkan berita palsu kononnya gunung berapi itu telah meletus dan mengeluarkan lahar seperti yang disebarkan oleh media-media sosial.
 
Sambil menegaskan gunung itu belum meletus, beliau berkata, pihak berkuasa sudah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan orang ramai.
 
"Jika Gunung Agung meletus, maksimal dampak dari erupsi dan debu vulkanik hanya sekitar 12 kilometer dan jangan dipikirkan ia menjadi ancaman bagi pariwisata (pelancong) dan kehidupan masyarakat Bali," katanya.
 
(Jika Gunung Agung meletus, kesan maksimum letusan dan debu gunung berapi hanya dalam lingkungan 12 kilometer dan jangan bimbang, ia tidak mengancam pelancong serta kehidupan masyarakat di Bali)

Majoriti ahli PPBM 'serba salah', sedar halatuju parti sesat tapi malu akui - Kamarulazman

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
PORT DICKSON: Majoriti ahli yang masih menganggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini sebenarnya berada dalam keadaan 'serba salah' kerana sudah tersedar bahawa parti teraju Tun Dr Mahathir Mohamad itu bukanlah sebuah parti yang ideal, demikian dakwaan bekas pengasasnya.
 
Menyifatkan golongan itu sebagai penuh kepura-puraan, Kamarulazman Habibur Rahman juga mendakwa sebahagian besar daripadanya terpaksa 'bertahan' kerana malu mengakui bahawa mereka tersilap membuat percaturan.    
 
"Mereka sependapat dengan saya cuma berbeza-beza latar belakang, pandangan dan sebagainya. Pertamanya, (golongan) yang menunggu melihat bahawa sesuatu yang baru akan berlaku.
 
"Keduanya, mereka ikut kerana taksub kepada Tun (Dr Mahathir). 
 
"Ketiga, pihak yang mungkin merasakan tak tahu mana lagi nak pergi sebab kalau keluar, mereka tak diterima.
 
"Kategori mereka berbeza-beza tapi hakikatnya, majoritinya berada dalam keadaan serba salah kerana mereka tahu bahawa ini adalah perjalanan yang bawa mereka kepada kesesatan, dan mereka terpaksa pada hakikatnya akhirnya akan ambil keputusan untuk berpatah balik.
 
"Tapi memang adat resam orang Melayu, mereka sangat malu untuk mengaku mereka salah, silap dan sebagainya," katanya kepada Antarapos ketika ditemubual baru-baru ini.     
 
Kamarulazman merupakan salah seorang individu penting dalam penubuhan PPBM, namun mengambil keputusan untuk keluar parti pada April lalu selepas kecewa dengan amalan kronisme dan pilih kasihdalam parti teraju Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
 
Beliau juga mengumumkan peletakan kesemua jawatannya dalam parti, termasuk sebagai ahli majlis pemimpin tertinggi PPBM dan Setiausaha Kerja PPBM pusat.
 
Dalam kenyataan ketika mengumumkan keluar parti, Kamarulazman turut menyelar sikap pemimpin PPBM yang bekerja untuk jawatan serta kedudukan, malah melayan kumpulan yang bekerja keras demi parti dengan 'layanan kelas kedua'.
 
Sebilangan ahli dan pemimpin peringkat negeri mengikut jejak langkah beliau, namun paling mengejutkan adalah apabila dua orang pemimpin kanan parti turut berbuat demikian baru-baru ini, iaitu Anina Saadudin dan Datuk Hamidah Osman.
 
Anina merupakan salah seorang pengasas yang juga merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, manakala Hamidah pula Naib Presiden. Kedua-duanya mengumumkan keluar parti pada 16 September lalu. 
 
Ekoran itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM menggelarkan mereka yang meninggalkan parti sebagai 'sampah'.
 
Beliau dipercayai berkata demikian dalam satu ceramah bersama penyokongnya di Bukit Merah, Perak pada 22  September lalu. 
 
Namun kenyataan yang dilemparkan Dr Mahathir itu ditepis Kamarulazman.  
 
"Adakah apabila pemimpin yang keluar ini tidak sependapat dengan apa yang sedang berlaku dalam parti maka mereka terus dikecam, dituduh menerima habuan dan sebagainya.
 
"Suka saya sebutkan di sini bahawa mereka yang meninggalkan parti ini adalah golongan yang punyai integriti yang sangat tinggi. Itu sebab kita ambil keputusan yang berani untuk meninggalkan parti ini.
 
"Kalau nak berhujah dengan kami, sila berhujah secara ilmiah, berdasarkan fakta bukan berdasarkan fitnah dan sebagainya," tangkis Kamarulazman. 


MEF: Undang-undang baharu tak perlu bagi kawal pekerja asing buat bisnes

 
Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, peruntukan undang-undang sedia ada sudah cukup untuk membolehkan tindakan undang-undang terhadap pendatang tanpa izin. 


shamsuddin_pendatang_niaga_600


PETALING JAYA: Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berkata tidak ada keperluan untuk menggubal undang-undang baharu untuk mengambil tindakan terhadap wakyat asing yang datang ke Malaysia sebagai pekerja tetapi sebaliknya menjalankan perniagaan.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah mengenai jumlah besar warga asing yang menjalankan perniagaan di negara ini, Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, peruntukan undang-undang sedia ada sudah cukup untuk membolehkan tindakan undang-undang terhadap pendatang tanpa izin.

Peruntukan sedemikian sudah sedia ada di bawah Akta Imigresen dan Akta Kerajaan Tempatan, kata beliau.

Khamis lalu, laporan media memetik Irwan sebagai berkata, kira-kira 4 juta orang asing di Malaysia terlibat dalam perniagaan mereka sendiri. Beliau tidak mengatakan berapa ramai yang tidak berlesen.
Bercakap kepada graduan yang telah menamatkan kursus keusahawanan 6 bulan, Irwan memberikan contoh peniaga di daerah komersial Chow Kit.

Beliau berkata separuh daripada mereka adalah orang Indonesia.

Ini mendorong Ahli Parlimen Selayang William Leong yang mendakwa wujud kecuaian di pihak kerajaan.

Wakil rakyat PKR itu mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas untuk memastikan warga asing tidak merompak rakyat Malaysia peluang perniagaan.

KSU Perbendaharaan dikritik dakwa rakyat Malaysia miskin malas

 
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) J Solomon menyifatkan kenyataan Irwan itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana membuat kenyataan semborono. 


Irwan-Serigar-Abdullah_peniang_pendatang_600


PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berhadapan dengan kritikan ekoran kenyataan mendakwa rakyat Malaysia yang miskin berada dalam keadaan sedemikian kerana mereka tidak cukup berusaha jika dibandingkan dengan warga asing.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) J Solomon menyifatkan kenyataan Irwan itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana membuat kenyataan semborono.

Solomon berkata kenyataan Irwan hanya akan mengundang polemik yang tidak perlu yang mana ia tidak mengatasi masalah dihadapi oleh kumpulan pekerja B40 dan dan M40.

“Rata-rata rakyat Malaysia berhadapan dengan perbelanjaan tetap untuk keperluan-keperluan tidak dapat dielakkan, termasuk pinjaman rumah, perbelanjaan perubatan, kos pengangkutan, pendidikan anak-anak, dan perbelanjaan wajib seperti GST, cukai lain dan pembayaran statutori.

“Juga harus dinyatakan bahawa taraf hidup pekerja asing di negara ini juga dalam keadaan yang menyedihkan, jadi kenyataan itu tidak wajar.”

Solomon juga mengingatkan Irwan, kaum pekerja adalah tulang belakang ekonomi negara dan oleh itu, tidak adil bagi Irwan untuk membayangkan rakyat Malaysia yang miskin adalah malas.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Irwan merujuk kepada sebarang data apabila membuat kenyataan itu, terutamanya mengenai bilangan orang asing yang didokumenkan dan tidak ada dokmen sah yang bekerja atau menjalankan perniagaan di negara ini dan juga pendapatan bulanan masing-masing.

Irwan berkata rakyat patut lebih berjaya daripada warga asing yang tinggal di negara ini.

“Jika warga Indonesia mampu mencari nafkah di sini, rakyat Malaysia patut lebih berjaya,” kata pada majlis graduasi 1MET Khamis lalu. Acara itu diadakan buat mereka yang menamatkan kursus keusahawanan, bimbingan dan latihan selama 6 bulan.

Irwan berkata ramai mendakwa ekonomi Malaysia jauh terkebelakang berbanding negara membangun lain.

“Mereka kata semuanya salah. Mereka kata kita berhutang banyak seperti Bangladesh. Terdapat orang yang mengelirukan rakyat.”

Menurut Irwan, jika ada rakyat yang miskin, ia disebabkan mereka tidak cukup berusaha.
“Jika mereka mempunyai tangan, kaki dan boleh berjalan, mereka boleh mencari nafkah di Malaysia.”

Sementara itu, Wong Chen dari PKR berkata sesuatu yang “amat sedih” apabila pegawai kanan kerajaan seperti Irwan yang sepatutnya membantu golongan miskin melalui dasar yang baik, gagal memahami masalah mereka, sebaliknya membuat kenyataan memperlekeh rakyat negara ini.

“Beliau sepatutnya tahu untuk berterima kasih kepada pentadbirannya sendiri, kita mempunyai kira-kira 6 juta pekerja asing yang sah dan tiada dokumen,” kata Wong sambil menambah, pekerja-pekerja asing merupakan penyumbang utama kepada penindasan gaji penduduk tempatan.

Bagi mereka yang menjadi usahawan, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya itu, Irwan perlu tahu bahawa ramai yang mungkin melanggar syarat pas kerja mereka dan menjalankan aktiviti tersebut tanpa mematuhi peraturan yang sama mengikat penduduk setempat.

“Aktiviti waktu malam ini berkembang kerana kekurangan penguatkuasaan oleh kerajaan sendiri, sehingga memberi mereka kelebihan kompetitif ke atas perniagaan tempatan,” kata beliau.

Hadi lupa bahawa PAS tak nak kerjasama kerana ada DAP, Amanah - Wan Azizah

ANTARAPOS

Post Pic


KUALA TERENGGANU: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS yang enggan menjalin kerjasama dengan parti itu ekoran bersama DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Amanah.

Wan Azizah dengan sinis berkata kepada Presiden PAS itu, bahawa pilihan yang dibuat parti itu membuktikan bahawa mereka tidak lagi berpegang kepada objektif menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

"PAS yang kata tidak akan kerjasama dengan kita. Jadi kita atas dasar pakatan, memang tidak ada kerjasama lagi dengan PAS," kata Wan Azizah ketika ditemui media selepas merasmikan bilik gerakan utama pilihan raya PKR Terengganu di Chabang Tiga di sini, hari ini.

Malam tadi selepas majlis makan malam dan dialog bersama badan bukan kerajaan sempena Fastaqim 2.0,  Hadi berkata, PKR dan DAP yang 'menyingkirkan diri sendiri' dalam kerjasama yang pernah terjalin dengan PAS sebelum ini.

Malah beliau terus menegaskan bahawa partinya tidak ada masalah bersendirian tanpa kerjasama PKR dan DAP.


Hadi berkata, pakatan DAP-PKR-PPBM-Amanah rugi besar kerana memutuskan kerjasama dengan partinya yang mempunyai 7,000 cawangan di 195 kawasan seluruh negara.

Ahli Parlimen Marang itu turut menyatakan pakatan pembangkang akan 'terpelanting' apabila menyingkirkan PAS daripada kerjasama berkenaan.

Kepada kenyataan itu, Wan Azizah menyifatkan Hadi mungkin tidak sedar kemenangan PAS di banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 adalah kerana bergabung bersama parti pembangkang lain.

"Daripada analisis kita, banyak kerusi dimenangi PAS pada PRU-13 tidak pernah dimenangi parti itu sebelum ini. Banyak kerusi dimenangi PAS juga kerana sokongan pengundi Cina yang menyokong pakatan pembangkang.

"Beliau (Hadi) boleh buat apa sahaja andaian, tetapi semuanya terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan nanti dan akan menentukan siapa menang," katanya.



Dr Mahathir: Saya kini sedar DAP bukan cauvinis sama sekali

 
Kata Dr Mahathir, beliau yang memulakan pelabelan DAP sebagai parti cauvinis Cina, kini mendapati mereka bukan parti yang hanya untuk kaum Cina seperti MCA.


mahathir-mohamad-dap-bendera


PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui meskipun beliau pernah berada di belakang tindakan Umno dalam melabel DAP sebagai “parti cauvinis Cina” ketika menjadi presiden parti selama 22 tahun, beliau menyedari parti pembangkang itu sebenarnya bersifat “berbilang kaum”.

“Saya yang memulakan pelabelan DAP sebagai parti cauvinis Cina. Tetapi apabila saya mendekati mereka, saya mendapati mereka bukan parti hanya untuk Cina seperti MCA,” kata bekas perdana menteri.

“DAP adalah berbilang kaum. Mereka mempunyai orang Melayu dan juga India,” kata beliau.

Dr Mahathir menambah, beberapa ahli Melayu DAP telah mewakili parti itu dalam pilihan raya dan ada yang menang.

“Imej yang saya bina mengenai DAP tidak benar,” kata beliau pada pelancaran PH Johor di Dataran Taman Dahlia di Tampoi, Johor, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang ahli Parlimen Gelang Patah.

Mahathir, 92, berkata beliau dan pemimpin PPBM lain memberi pertimbangan yang serius untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain selepas membentuk PPBM pada September tahun lepas.

“Sebelum ini, kami berdepan dengan Kit Siang dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim). Kini kami duduk di paras yang sama dengan mereka,” kata beliau.

Anwar, yang merupakan ketua umum PH dan PKR kini menjalani hukuman penjara 5 tahun di penjara atas kesalahan meliwat. Beliau dijangka akan dibebaskan tahun depan.

Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri dan presiden Umno dari tahun 1981 hingga 2003 memberitahu adalah wajar bagi lawan politik untuk tidak mengatakan perkara yang baik tentang 1 sama lain.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata sejak mengetahui DAP lebih baik selepas pembentukan PPBM, beliau telah melihat bahawa parti itu mempunyai keahlian berbilang kaum.

“Dalam pertemuan dengan mereka, mereka bercakap bahasa Melayu, bahasa kebangsaan. Sekiranya mereka bercakap dalam bahasa Mandarin, kaum India dan Melayu tidak akan faham. Lagu mereka juga dalam bahasa Melayu,” katanya.

“Jadi DAP tidak begitu buruk sehingga kita tidak boleh bekerjasama dengan mereka,” katanya.

Dr Mahathir juga menolak dakwaan kononnya DAP akan melantik salah seorang pemimpin mereka sebagai perdana menteri jika PH memenangi pilihan raya, dan berkata tuntutan itu sengaja disemarakkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Dr Mahathir berkata PPBM, PKR dan Amanah, sebagai komponen lain dalam PH, semuanya diketuai oleh orang Melayu dengan hanya DAP yang dipimpin oleh orang Cina, khususnya Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Kit Siang.

Beliau berkata ketiga-tiga parti mempunyai bakat yang cukup untuk membolehkan orang Melayu memimpin sebuah kerajaan yang dibentuk oleh PH.

“Jadi tidak ada cara mereka (DAP) dapat memaksa kita untuk membuat salah seorang daripada mereka menjadi perdana menteri. Mereka boleh jadi menteri,” katanya.

“Kit Siang bukan anti-Melayu. Beliau berjuang untuk kaumnya seperti yang saya lakukan untuk kaum saya,” tambah beliau.

Johor bukan tempat ‘cakap kosong’, MB beritahu pembangkang

 
Khaled Nordin berkata pembangkang hanya mampu menimbulkan pelbagai isu untuk mengelirukan rakyat tanpa fakta jelas.


khalid-johor

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini membidas kenyataan pembangkang yang kononnya bercita-cita mahu menjadikan Johor sebagai kubu kuat mereka dengan memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata pembangkang hanya mampu menimbulkan pelbagai isu untuk mengelirukan rakyat tanpa fakta jelas sedangkang rakyat Johor, yang lebih mementingkan pembangunan dan kemajuan berterusan, dapat membuat pertimbangan baik berhubung perkara itu.

“Saya mahu memastikan rakyat mendapat rumah, ekonomi Johor terus tumbuh, rakyat kita ada kerja, ada pendapatan yang baik. Tetapi, kalau pembangkang setakat datang Johor untuk menjual harapan, saya pun boleh buat, tetapi saya lebih bertanggungjawab,” katanya.

Beliau yang juga pengerusi Umno Johor berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan Surat Tawaran Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) Dan Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah Bandar Tiram, di sini, hari ini.

Mohamed Khaled juga menyeru rakyat Johor menyertai dan mengunjungi Ekspo Johor Berkemajuan dari 6 hingga 14 Oktober ini untuk melihat sendiri perancangan kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor dan menyanggah ‘cakap-cakap kosong’ pembangkang.

“Melalui ekspo berkenaan, rakyat juga akan dapat melihat dan mengetahui perkembangan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri,” katanya yang mengulas kenyataan pakatan pembangkang semalam yang mahu menjadikan Johor kubu kuat pakatan pembangkang dengan alasan untuk membersihkan negeri ini sekali gus menyelamatkan negara.

Mohamed Khaled berkata beliau juga akan melancarkan Skim Sewa Beli pada 13 Oktober ini bersempena Ekspo Johor Berkemajuan bagi membolehkan golongan yang kurang berkemampuan memiliki rumah melalui konsep sewa beli.

Sebagai langkah permulaan, kerajaan negeri Johor melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan akan membeli 190 unit rumah di bawah kategori Rumah Pangsa Kos Rendah di Bandar Tiram yang berharga RM35,000 dan 16 unit rumah berharga RM80,000 di Bandar Dato Onn untuk dimasukkan dalam skim berkenaan dengan peruntukan RM7.93 juta.

“Usaha ini kita laksanakan untuk memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah yang tidak mendapat pinjaman bank.

“Butiran kadar sewa beli akan kita tawarkan kepada orang ramai pada hari pelancaran dan setiap tahun kerajaan negeri akan cari rumah-rumah yang sesuai untuk kita senaraikan dalam Skim Sewa Beli ini,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata nama-nama calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah pun diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk dinilai.

“Nama-nama calon memang sudah lama ada dan kita telah kemukakan nama-nama tersebut kepada pucuk pimpinan…mereka bukanlah calon yang dikenal pasti untuk bertanding tetapi beberapa nama bagi satu-satu kawasan untuk kepimpinan menilai dan kaji kesesuaian dan kelayakan.

“Nama-nama yang dihantar terdiri daripada anggota sedia ada dan baharu serta terserah kepada pucuk pimpinan untuk menjalankan proses menentukan kelayakan,” katanya.

2 anggota meninggal dunia, TLDM teliti SOP latihan

 
TLDM berkata punca sebenar kematian itu masih dalam siasatan polis dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi mencari punca sebenar kejadian.


tldm

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan 1 Lembaga Siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) susulan 2 anggotanya meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal, semalam.

TLDM dalam kenyataan hari ini berkata punca sebenar kematian itu masih dalam siasatan polis dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi mencari punca sebenar kejadian.

“Lembaga Siasatan ini akan meneliti SOP sedia ada dan sekiranya terdapat pelanggaran terhadap SOP tersebut, TLDM tidak akan berkompromi atau melindungi individu yang melanggari prosedur semasa melaksanakan tugas,” kata kenyataan itu.

Semalam, 2 anggota TLDM LK I PNK Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK I TLS Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan.

Kenyataan itu berkata ketika menjalani latihan tersebut, anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas.

“Mereka telah diberikan rawatan awal oleh petugas pusat tahanan dan panggilan kecemasan telah dibuat. Kedua-dua anggota telah disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang.

“Hasil pemeriksaan awal doktor bertugas terhadap kedua-dua anggota itu tidak menunjukkan sebarang kesan pukulan atau penderaan fizikal pada anggota badan mangsa,” kata kenyataan itu.

Jumaat, 29 September 2017

Majlis Perbandaran Klang Lulus Permohonan Pesta Arak

 
 


Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah meluluskan penganjuran pesta arak yang ditukar nama daripada “Oktoberfest” kepada pesta makanan dan minuman Jerman.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin dipetik Sin Chew Daily berkata, penganjur juga perlu mematuhi beberapa syarat, termasuk melarang kemasukan umat Islam ke kawasan penganjuran acara itu dan perlu mendapat permit atau kelulusan dari pihak lain seperti pejabat tanah, Jabatan Kastam dan polis.

“Centro German F&B Party” dijadual diadakan di pusat beli-belah berkenaan mulai 5 petang hingga 11 malam pada 12 dan 13 Oktober ini.

Mohamad Yasid berkata walaupun mendapat bantahan daripada dua wakil PAS yang menjadi Ahli Majli MPK dalam mesyuarat pihak berkuasa tempatan itu semalam, namun aktiviti berkenaan tetap diluluskan pihaknya.

Dua wakil PAS yang membantah itu adalah Kahar Muzakkir Munawir dan Prasad Hanif yang dianggap mewakili lima wakil PAS dalam MPK.

Selain Kahar dan Prasad, tiga lagi wakil PAS adalah Azimah Binti Muda, Mohamad Baseri Mohd Taib dan Deepakaran A/L Karuppiah.

Walau bagaimanapun, lima wakil PAS dalam MPK dianggap suara minoriti berbanding dengan 10 wakil DAP dan 10 wakil PKR dalam kerajaan tempatan (PBT) Klang.

10 wakil DAP adalah Robert Choo Teck Keong, Lee Fu Haw, Leong Tuck Chee, Yugarajah A/L Palanisamy, Ngian Yoke Mooi, Choo Teck Keong, Tan Jee Kian, Khoo Gee Tat, Sukumaran A/L A. Sundram dan Nalan A/L M.Muniandy @ Balan.

Manakala 10 wakil PKR adalah Yew Boon Lye, Azizi Bin Ayob, Maneyvannan A/L Velue, Rosnee Binti Talib, Sabastian Rao A/L Pragasam, Athi Saravanan A/L S. Rengiah, Tan Heng Kim, Umi Jumainah Binti Mohamed, Shoba A/P Selvarajoo dan Sivagami A/P Kathan.

Dari segi komposisi kaum, Cina dan India masing-masing berkongsi majoriti di mana kaum itu diwakili 9 orang mewakili kaum mereka berbanding dengan 7 orang mewakili kaum Melayu.

Pada 18 September lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan alasan “sensitiviti politik” untuk menolak permohonan MyBeer Malaysia untuk menganjurkan Festival Better Beer 2017 di Galeri Beli-belah Publika pada 6 hingga 7 Oktober ini.

Ia disusuli pengesahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada 21 September lalu yang polis tidak menyokong penganjuran acara itu kerana mendapat maklumat wujud ancaman militan untuk mensabotaj festival itu dan beberapa pihak merancang menimbulkan kekacauan.

Walau bagaimanapun, kenyataan di atas berbeza dengan kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di mana beliau berkata pesta arak boleh dibenarkan jika mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan PBT.

Azmin berkata pendirian kerajaan negeri adalah menghormati adat resam dan budaya kaum-kaum yang membentuk rakyat Malaysia, bagaimanapun undang-undang perlu dipatuhi.

“Secara dasarnya kami (kerajaan negeri) menghormati dan memelihara hak kaum minoriti tetapi perlu patuh terhadap undang-undang sedia ada,” katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan negeri akan membenarkan pesta arak berkenaan dianjurkan di Selangor.

PBT Selangor Terima Permohonan Pesta Arak – Dewan Ulama PAS

Bekas imam surau dituduh melakukan jenayah seksual terhadap anak jiran

 
Mengikut fakta kes, ketiga-tiga mangsa pergi ke rumah tertuduh untuk mencari kucing yang dilihat masuk ke rumah itu dan tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas mangsa.


child-abuse1-1-1


KUALA LUMPUR: Warga emas, 72, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap 3 kanak-kanak perempuan yang merupakan anak jirannya.

Wan Zakaria Wan Dollah, bekas pengawal keselamatan dan kini tidak bekerja mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Warga emas yang mempunyai 5 orang anak itu didakwa melakukan seksual fizikal ke atas 3 kanak-kanak itu, 2 daripadanya berumur 7 dan 9 tahun dan seorang lagi berumur 7 tahun di rumahnya di Ampang antara 4.00 hingga 5.00 petang, 8 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius dan membabitkan kanak-kanak.

Bagaimanapun, Hakim Syafeera membenarkan Wan Zakaria diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan pada minggu pertama setiap bulan sehingga kes selesai serta tidak dibenarkan mengganggu semua mangsa dan saksi pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 31 Oktober untuk sebutan semula kes.

Mengikut fakta kes, ketiga-tiga mangsa yang mengenali tertuduh pergi ke rumah tertuduh untuk mencari kucing yang dilihat masuk ke rumah itu dan tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas mangsa.

Seorang mangsa memberitahu perkara itu kepada ibu saudaranya yang kemudian membuat laporan polis.

Terdahulu, Wan Zakaria yang juga bekas imam surau dan memakai jubah hitam dan kopiah kelihatan tenang di kandang tertuduh dan ketika dibawa keluar ke lokap dari bilik bicara, dia tersenyum kepada wartawan dan jurugambar yang merakam wajahnya.

Mahu selamatkan negara ‘tenat’, Zaid mengeluh ‘pejuang’ hanya pandai bercakap

 
Bekas menteri berkata ramai orang secara tertutup bercakap mengenai melawan, tetapi mereka tidak melakukan apa-apa pun.


Zaid-Ibrahim


PETALING JAYA: Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim mengeluh sikap sesetengah pihak yang “hanya cakap-cakap” mengenai melawan penularan Islamisasi tetapi tidak berbuat apa-apa mengenainya.

“Ramai orang secara tertutup bercakap mengenai melawan, tetapi mereka tidak melakukan apa-apa pun,” katanya kepada FMT, tanpa menamakan mana-mana individu.

“Apabila Islamisasi menular, apabila fatwa jadi undang-undang, mana pergi semua pejuang ini, apa yang sedang mereka lakukan?”

Beliau mengulas mengenai twit hari ini, di mana beliau mengatakan beliau diberi label liberal, menyimpang dan murtad kerana mengkritik pihak berkuasa agama.

Zaid di Twitter juga mengatakan Malaysia kini sebuah “negara orang Islam yang tenat” kerana kekurangan pejuang.

Beliau berkata masalah golongan yang kononnya “pejuang” ialah mereka lebih bimbang mengenai kehilangan undi, maka mereka mengelak bercakap sesuatu yang boleh dianggap kontroversi.

“Saya meluahkan buah fikiran demi kepentingan orang Melayu dan negara. Politik bagi saya perkara nombor dua. Kita tak boleh tidak bercakap sebab takut dilabel. Kalau kita takut, habislah negara ini.”

Zaid berkata masih ada “peluang” untuk Malaysia kalau negara mempunyai 5 oraang seperti Pengerusi Islamic Renaissance Front Dr Ahmad Farouk Musa dan aktivis Haris Ibrahim.
“Lima orang pun kita tak ada, sebab itu saya rasa pesimis akan masa depan negara.”

Beliau juga berkata pesanannya menyarankan orang Melayu berhijrah ke United Kingdom untuk kehidupan lebih baik ditujukan kepada golongan belia, kerana “orang tua” sepertinya mahu terus berada di sini dan “lawan”.

Zaid di blog baru-baru ini berkata United Kingdom memberi ruang yang luas kepada insan untuk membangunkan diri sendiri dan menjadi berguna kepada masyarakat.

Di Malaysia, rasuah dan salahguna kuasa diagung-agungkan, sementara festival bir diangkat sebagai contoh kejahatan.

Beliau merujuk kepada Festival “Better Beer” 2017, yang dilarang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Penganjur, MyBeer Malaysia, berkata mereka diberitahu festival bir itu “sensitif dari segi politik”, selepas bantahan oleh PAS.

Zaid berkata walaupun United Kingdom “negara gemar bir”, negara itu juga menghasilkan lelaki dan perempuan terpelajar yang menyumbang kepada sains dan kesenian.

“Mereka adalah pencipta, yang menghasilkan ubat-ubatan, jentera dan banyak lagi yang menjadi kehidupan manusia lebih baik.”

Dobi ‘konsep Islam’ di Kangar tutup papan tanda, mahu situasi ‘menang-menang’

 
Pemilik Hab Laundy Empire di Perlis mahu mengekalkan konsep 'konsep komuniti Islam' dan sedang memikirkan sama ada akan menerima pakaian bukan Islam.


dobi-muslim

PETALING JAYA: Dobi layan diri Hab Laundy Empire di Kangar menutup papan tanda “khusus untuk orang Muslim sahaja” selepas ditegur kerajaan negeri dan mufti Perlis.

Bagaimanapun, pemilik dobi “konsep dobi Islam” itu, Shalihuddin Naharuddin, 36, masih sedang memikirkan sama ada akan menerima pakaian orang bukan Islam.

Shalihuddin menjelaskan beliau cuma mahu mengekalkan “konsep komuniti Islam” tanpa niat mendiskriminasikan agama atau kaum lain, dan berharap akan dapat mencapai penyelesaian “menang-menang” untuk menjaga hati semua pihak.

“Walaupun demikian, bukanlah kita tidak membenarkan orang bukan Islam datang. Mereka masih boleh datang jika mereka mahu berehat di kedai dobi kami,” kata Shalihuddin ketika dihubungi FMT.

Beliau menjelaskan kedai dobinya menyediakan ruang untuk orang berehat atau buat kerja sekolah sambil menunggu pakaian dibasuh, serta ruang melihat baju tertutup dan surau.

“Jika orang bukan Islam datang ke kedai kami, kami akan mencadangkan mereka pergi ke dobi berdekatan yang terletak kira-kira 400 meter dari sini.”

Beliau berkata idea konsep Islam muncul selepas membuat tinjauan ke atas orang Islam di kawasan itu sama ada mereka mahu perkhidmatan “mesra orang Islam” dan majoriti bersetuju.

Beliau menambah, konsep itu hanya untuk pemasaran sahaja kerana belum ada pihak lain membawa konsep Islam sahaja.

Sebelum ini, pemilik sebuah kedai dobi di Muar, Johor yang menjadi perhatian kerana menawarkan perkhidmatan kepada orang Islam sahaja, memohon maaf dan bersetuju untuk menawarkan perkhidmatan kepada semua orang.

Beliau memohon maaf selepas ditegur Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang mencadangkan pemilik kedai dobi itu membuka perniagaan di Afghanistan jika mahu mengamalkan dasar perniagaan “Islam sahaja”.

Sultan Ibrahim mengarahkan pemilik kedai dobi itu memohon maaf atau berdepan tindakan.

 “Dia membuat rakyat Johor marah dan berasa malu kerana ini bukan Johor yang kita mahu,” kata Sultan Ibrahim dipetik The Star.

Kes seleweng RM40 juta: Menteri Richard Riot luang 10 jam di SPRM

 
Menteri sumber manusia itu tersenyum kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada penyiasat SPRM.
 
 
richard-riot

PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot meluangkan masa 10 jam memberi keterangan kepada penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam siasatan agensi itu ke atas dakwaan penyelewengan peruntukan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Beliau yang tiba di ibu pejabat SPRM Putrajaya 10.00 pagi dilihat meninggalkan perkarangan agensi itu tepat 8.00 malam tadi.

Menteri itu tersenyum melihat pemberita, yang menunggu perkembangan terbaharu kes itu, selepas seorang setiausaha politik menteri Kabinet direman 6 hari bermula semalam.

“Saya hanya datang bagi membantu SPRM lakukan siasatan,” kata Richard kepada pemberita. Beliau menambah tiada dokumen diserahkan kepada penyiasat semasa memberi keterangan.

Pada 13 September lepas, SPRM menahan 4 individu kerana disyaki menyeleweng dana kerajaan bernilai hampir RM40 juta yang patut disalurkan ke PTPK bagi tujuan program latihan.

Seorang ketua eksekutif bergelar “Datuk” dan berusia 58 tahun ditahan agensi anti-rasuah itu, bersama seorang setiausaha perbadanan berusia 34 tahun, seorang penolong pegawai kewangan berusia 32 tahun dan seorang pengarah syarikat berusia 38 tahun. Mereka direman 6 hari bermula 14 September dan sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Dua hari lalu, SPRM menahan seorang setiausaha politik menteri Kabinet, berusia 61 tahun, untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata setakat ini 6 individu sudah diambil keterangan berhubung isu terbabit.

Dzulkifli berkata lebih ramai individu akan dipanggil termasuk pegawai kementerian.

 LIHAT VIDEO DI SINI

KP SPRM bidas Kit Siang kerana kenyataan ‘monyet’

 
Dzulkifli Ahmad menyifatkan tindakan Lim Kit Siang melampau dan tidak beradab.


Dzulkifli--limkitsiang

IPOH: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad menyifatkan tindakan Lim Kit Siang menggelarnya ‘monyet’ dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melampau dan tidak beradab.

Dzulkifli berkata beliau menerima kritikan pemimpin DAP itu secara terbuka tetapi ia perlu disampaikan secara beradab dan bertamadun.

“Rakyat boleh menilai adakah adab dan bicara pemimpin DAP itu budaya Malaysia.

“Kita masyarakat Malaysia orang beradab tetapi perkataan yang digunakannya itu melampau dan tidak bertamadun,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis perasmian mural pencegahan rasuah sempena Kembara Jelajah Antirasuah (KEJAR) 2017 SPRM yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir di Pejabat SPRM Perak hari ini.

Satu portal berita hari ini melaporkan, Lim membidas ketua pesuruhjaya itu dengan mengatakan semua mata turut memerhatikan suruhanjaya tersebut dan sama ada Dzulkifli dapat memimpin badan antirasuah yang bersih.

Lim dipetik sebagai berkata Dzulkifli harus menyedari bahawa jika beliau (Dzulkifli) bertindak seperti “monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan ada mulut tetapi tidak berbicara” mengenai skandal 1MDB, beliau akan menjadikan SPRM sebagai agensi anti-rasuah kleptokratik pertama di dunia.

Selepas Kedai Rakyat 1Malaysia bungkus, projek apa pula bakal melingkup?


Oleh

Sudah masuk minggu kedua Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ‘bungkus’ akibat isu pengurusan dalaman apabila kontrak pengendalinya Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) ditamatkan – dikatakan Mydin menjual barang lebih mahal dari pasaran.

Akibat penamatan kontrak itu, sebanyak 185 buah KR1M seluruh negara terpaksa tutup kedai sementara waktu sebelum KR1M 2.0 dilancarkan tahun ini kata menteri.

KR1M merupakan projek yang diilhamkan sendiri oleh Perdana Menteri Najib Razak dan dilancarkan pada Jun 2011, dua tahun selepas Najib memperkenalkan gagasan 1Malaysia dan terdapat sekitar 250 barangan runcit dijual di KR1M.

Apabila KR1M ditutup dan proses pemulangan barang dijalankan, sudah tentu, ia akan melibatkan kos-kos tambahan seperti penyewaan terpaksa ditampung oleh kerajaan. Sudah tentulah juga kerajaan terpaksa pula menggagau duit lain untuk menanggung perbelanjaan itu.

Dan sudah tentu, kalaulah saya pengasas KR1M, saya akan rasa malu. Apa tidaknya, KR1M sebagai salah satu pesaing rangkaian kedai-kedai runcit seluruh Malaysia yang mendapat sokongan kerajaan sudah tutup kedai. Masa yang sama, rangkaian ‘kedai-kedai Aceh dan Bangladesh’ yang sedia ada terus maju.

Penutupan sementara KR1M tidak akan terhenti setakat ini. Ia juga bukalah hal antara Mydin dan KR1M semata-mata. Apa yang lebih penting, ia merupakan bukti kegagalan pengurusan produk-produk 1Malaysia Najib.

Persoalannya, adakah selepas ini produk-produk 1Malaysia yang lain seperti Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), skim Perumahan rakyat 1Malaysia (PR1MA), Program Susu 1Malaysia (PS1M); Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma)  dan banyak lagi akan mengalami kegagalan?

Apa jadi dengan skim Menu Rakyat 1Malaysia yang digembar-gemburkan sebelum ini? Apa prestasinya, apa ceritanya?

Kita tidak mahu produk 1Malaysia yang kononnya mahu meringankan beban rakyat sekadar memenuhi keperluan penjenamaan semula BN – Najib.

Lebih menakutkan, gagasan 1Malaysia Najib yang didakwa sebagai pengukuh semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum negara ini terus dibayangi kegagalan. – Roketkini.com


Mahkamah arah KJ bayar RM150,000 kerana fitnah Anwar

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mengarahkan Menteri Belia & Sukan Khairy Jamaluddin membayar ganti rugi RM150,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membuat kenyataan fitnah 9 tahun lalu.
 
Hakim Azizul Azmi Adnan memutuskan kenyataan “main belakang” oleh Khairy terhadap Anwar mempunyai konotasi seksual.
 
Mahkamah juga membuang 4 pembelaan yang diketengahkan Khairy iaitu justifikasi, justifikasi sebahagian, komen berpatutan dan perlindungan bersyarat apabila Khairy gagal mewajarkan ucapan yang mencemuh Anwar itu.
 
“Dakwaan yang dibuat adalah serius dan boleh mempunyai maksud memfitnah,” katanya.
 
Penyokong Anwar di mahkamah hari ini bersorak selepas mahkamah menganugerahkan RM150,000 kepada bekas ketua pembangkang itu.
 
Hakim Azizul juga mengarahkan Khairy membayar faedah 4% setahun di atas ganti rugi RM150,000 itu, bermula dari tarikh Anwar memfailkan saman iaitu 19 Februari 2008 dan kos RM60,000.
 
Anwar, 70, memfailkan saman terhadap Khairy kerana kenyataan “main belakang” di atu ceramah politik di Lembah Pantai pada 2008.
 
Anwar berkata kenyataan itu bermakna dirinya seorang homoseksual, bermoral rendah, dan berkebolehan melakukan jenayah dan maksiat.
 
Beliau memfailkan saman selepas membaca laporan dan video portal berita.
 
Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas disabit kesalahan meliwat pada 2015.
 
 

PSM mahu tanding tiga kerusi Parlimen di Selangor

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SUBANG: Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan meletakkan calon di tiga kerusi parlimen di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Malah Ahli Jawatankuasa Pusat PSM S Arutchelvam berkata, parti itu bersedia untuk berdepan dengan Pakatan Harapan (PH).
 
Kerusi berkenaan ialah Subang, Hulu Selangor dan Kuala Langat.
 
Memetik laporan Malaysiakini, beliau turut berharap pengundi akan mengundi gabungan pembangkang itu di kerusi-kerusi lain.
 
“PSM bertanding (di Subang) sebelum (anggota parlimen sekarang) R Sivarasa. Jadi kami hanya mahu mengambil balik kerusi kami.
 
“Kita hanya bertanding tiga peratus kerusi.
 
“Dalam (baki) 97 peratus kerusi (yang) kita tak bertanding, kita memang minta rakyat mengundi calon Pakatan Harapan kecuali calon itu bermasalah,” katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat PSM Subang hari ini.
 
Selain itu, Arutchelvam berkata, PSM juga akan bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor iaitu di Kota Damansara, Semenyih, Pelabuhan Klang dan Sri Muda.
 
 

Pesta arak: Pemimpin DAP ingatkan PAS jangan menyibuk

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengingatkan PAS supaya tidak mencampuri urusan penganjuran pesta arak 'Better Beer Festival 2017' (BBF17) di negeri ini.
 
Sambil menempelak PAS, beliau berkata, kadar AIDS dan isu sosial di Kelantan adalah lebih tinggi berbanding Selangor walaupun pesta arak tidak dianjurkan di negeri ditadbir PAS itu.
 
"Adakah PAS mahu jadi hero? Pemimpin PAS terutama di Kelantan jaga tempat (negeri) sendiri, jaga tempat mereka dahulu.
 
"PAS melompat dalam isu pesta arak macam orang mabuk. Saya yang minum (arak), kenapa dia (pemimpin PAS) yang mabuk? Kenapa PAS hendak sibuk?," katanya.
 
Beliau yang juga EXCO Pelaburan, Perindustrian IKS dan Perdagangan dan Pengangkutan Selangor berkata demikian pada sidang media di sini, hari ini.
 
Ditanya sama ada akan turut serta dalam pesta itu, pemimpin DAP berkenaan berkata, beliau akan pergi jika dijemput kerana beliau juga minum arak.
 
"Ini cara hidup orang bukan Islam, jadi hormati. Saya minum arak, namun saya tak memandu jika minum arak," katanya dipetik Berita Harian Online.
 
Kelmarin, BH memetik Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohamad Yasid Bidin, berkata pihaknya membenarkan penganjuran Centro Mall German Food & Beverage Festival pada Oktober ini selepas penganjur patuhi syarat ditetapkan.
 
Antara syarat itu, penganjur perlu mendapatkan lesen menyediakan minuman keras daripada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling serta pengesahan polis, selain tidak membenarkan orang Islam menghadiri festival pada 12 dan 13 Oktober itu.
 
Sebelum itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran BBF17 yang diterima 28 Ogos lalu selain memberi amaran mengambil tindakan undang-undang jika penganjur meneruskan aktiviti itu.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pula dilapor mendedahkan wujud perancangan oleh pihak militan yang mahu sabotaj penganjuran BBF17 yang sebelum ini dijadualkan pada 6 dan 7 Oktober di ibu negara.
 
 

Wan Azizah: Pemenjaraan Tian Chua tragedi perundangan

KEADILAN DAILY

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir ke mahkamah mengikuti perbicaraan kes itu hari ini.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah meluahkan rasa kesal apabila Mahkamah Rayuan memutuskan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua kekal dipenjara sebulan dan denda RM1000.

Beliau menyifatkan keputusan ini sebagai satu tragedi kepada sistem perundangan di Malaysia yang sepatutnya memelihara hak individu dan turut mengakui terkejut dengan tindakan Tian Chua yang menarik balik rayuannya sebelum ini

“Apakah itu satu keadilan sebab bukan salah Tian Chua dia dibawa dan dipaksa ketempat itu. Ini sesuatu tragedi kepada sistem perundangan yang sepatutnya menjaga kita tetapi diguna bagi tujuan politik.

“Sedikit terkejut ( dengan tindakan Tian Chua). Semalam beliau ada beritahu bahawa beliau bersedia ke penjara,” katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau berharap rakyat Malaysia dapat memberikan Tian Chua semangat dan doa.

“Dia seorang yang kuat dan kita juga harus doa negara kita untuk perubahan,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Mahkamah Rayuan

Dalam pasa masa yang sama, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin turut meluahkan rasa kecewanya juga dengan menganggap ini satu keputusan yang tidak adil.

Justeru, beliau menyeru untuk rakyat Malaysia supaya mengundi agar dapat mengubah sistem yang tidak adil ini.

“Sangat tidak adil apa yang telah dilakukan terhadapnya dan tidak ada sebab untuk beliau didenda RM1000 dan dipenjarakan satu bulan.

“Apa yang saya ingin sampaikan kepada semua kita harus mengundi demi hak kita, apa yang betul dan kita tidak harus berputus asa. Dengan ini, kita boleh mengubah sistem yang tidak adil ini,” katanya.

Nurul Izzah Bertanding di Johor?

Liya S.

pru14


Sekurang-kurangnya empat pemimpin utama Pakatan Harapan difahamkan sudah bersedia bertanding di Johor pada PRU14.

Pemimpin yang dimaksudkan ialah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Strategi Harapan untuk meletakkan pemimpin-pemimpin penting bertanding di Johor adalah bagi membuktikan kesungguhan mereka untuk terus menggempur kubu kuat Umno seperti dalam PRU lalu.

Analisis yang dibuat oleh Oriental Daily menunjukkan penubuhan Bersatu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin, walaupun tidak mencetuskan gelombang ahli Umno keluar secara beramai-ramai daripada parti, tetapi ini tidak bermakna Umno mampu meneruskan pencapaiannya seperti PRU lalu.

Pada PRU lalu, pakatan pembangkang Johor memperoleh rekod terbaik apabila memenangi lima kerusi parlimen daripada 26 kerusi dipertandingkan.

Akhbar ini difahamkan, Kit Siang dikatakan akan bertanding di selatan Johor, sementara Muhyiddin pula mengetuai barisan pembangkang untuk bertanding di utara Johor.

Selain itu, Salahuddin dikatakan akan terus bertanding di salah satu kerusi parlimen negeri berkenaan.

Manakala PKR dipercayai akan meletakkan beberapa pemimpin utamanya seperti Nurul Izzah; Ketua Penerangan, Syed Ibrahim Syed Noh dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk menghadapi tentangan daripada Umno.

Menurut sumber dalaman, Kit Siang akan kekal bertanding di selatan Johor, kemungkinan akan terus mempertahankan kerusinya di Gelang Patah ataupun di Johor Bahru. Ia terpulang kepada perbincangan yang diadakan antara pemimpin Harapan.

Sumber dalaman itu memberitahu, selain tenaga Muhyiddin diperlukan untuk terus memperluaskan pengaruh Bersatu di utara Johor, Ketua Pemudanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut difahamkan akan dipilih bertanding di Johor.

“Kini semuanya tertumpu pada Bersatu. Kemungkinan lebih ramai pemimpin peringkat tertinggi bertanding di Johor, terutama di sebelah selatan,” tulis akhbar ini.


Tian Chua Bawa Quran, Bible, Gita ke Penjara

Liya S.

tian chua


Susulan tindakan mengejutnya menarik balik rayuan pagi ini, naib presiden PKR Tian Chua perlu menjalani hukuman penjara selama sebulan.

Menurut peguamnya, N Surendran, Ahli Parlimen Batu itu menggunakan masa itu dengan mengkaji kitab-kitab agama serta mempelajari bahasa Sanskrit dan Latin.

Gambar yang dibekalkan oleh peguamnya menunjukkan empat kitab – Quran, Bible, Bhagavad-Gita dan satu lagi yang judulnya tidak dapat dilihat.

“Tian Chua beritahu beliau akan membawa buku-buku ini dan membacanya semasa dalam penjara. Namun, dia tidak berkata banyak, terutama mengapa dia memilih buku-buku ini.

“Dia ada beritahu saya rancangannya untuk belajar bahasa, termasuk bahasa Latin dan Sanskrit,” katanya.

Surendan juga berkata Tian Chua tidak nampak gusar mengenai akan dikurung selama beberapa minggu.

“Dia kelihatan ceria, dia sedang berbual dengan kami tentang pelbagai perkara sambil menunggu van penjara tiba,” katanya.

Surendran, yang juga Ahli Parlimen PKR, mendedahkan bahawa Tian Chua juga berjanji untuk melaksanakan tugasnya sebagai ahli parlimen yang dipilih walaupun dari dalam penjara.-MK


Bekas penghuni pusat JKM dakwa warden liwat remaja dibiarkan bebas

 
Menurutnya, laporan polis dan aduan dibuat sejak 17 tahun tanpa tindakan terhadap pelaku.
 
 
Muhammad-Khairul-Hafiz-Abdullah


PETALING JAYA: Seorang bekas penghuni sebuah pusat jagaan kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendesak Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun mengarahkan siasatan terhadap laporan jenayah liwat dan penderaan seksual melibatkan warden di pusat seumpama itu di Melaka sejak tahun 2000.

Muhammad Khairul Hafiz Abdullah, kini 30 tahun, berkata selain beberapa laporan polis terhadap seorang warden berusia lebih 50 tahun itu, beliau juga mempunyai bukti pengakuan pelaku itu dirakam.

“Saya ada bukti wujudnya kes liwat dan penderaan seksual di pusat jagaan terbabit dan saya ada bukti dari A ke Z, termasuk pengakuan daripada pengawai terbabit saya rakam,” katanya ketika temubual bersama FMT.

Menurutnya, jenayah itu berlaku sejak 17 lalu, bermula tahun 2000.

“Bayangkan berapa ramai remaja yang menjadi mangsa,” kata Khairul, yang mengetuai Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak).

“Saya bukan buat tuduhan palsu. Saya buat dakwaan ini berdasarkan pengakuan daripada mangsa dan pengalaman saya sendiri semasa berada di sana.”

Khairul berkata setelah ditekan, si pelaku mengaku melakukan jenayah tersebut, bagaimanapun tidak mengingati berapa ramai dimangsakan dan memaklumkan hanya melakukan “seks ringan” sahaja.

Menurutnya, beliau pernah “tengok depan mata sendiri” ketika menghuni pusat itu 15 tahun yang lalu, dan masih trauma bagaimana orang yang sama pernah cuba meliwatnya.

Khairul mendakwa sudah 9 remaja berumur antara 13 dan 18 tahun membuat aduan.

Bagaimanapun, mangsa disogok wang dan diugut tidak membocorkan rahsia kepada pihak lain, atau berdepan tindakan dipindahkan ke sekolah Tunas Bakti Juvana, sebuah sekolah untuk kanak-kanak bermasalah.

Khairul memberikan contoh kes seorang remaja sebelum ini mengaku diliwat lebih 40 kali sehingga menyebabkan kecederaan, tetapi kemudian dihantar ke sekolah tersebut.

Tiada tindakan

Khairul berkata sehingga hari ini, tiada tindakan diambil walaupun laporan polis dibuat sejak 2010.

“Kami persoal kenapa sehingga hari ini tiada tindakan daripada pihak polis diambil walaupun banyak laporan dibuat kepada pelaku. Laporan dibuat pada 2010, 2011, dan terbaharu 2017.

“Saya desak sekali lagi kes ini dibuka semula dan satu tindakan drastik diambil. Tidak kiralah isu ini berlaku beberapa tahun lepas, asalkan hukuman setimpal dikenakan,” katanya.

Khairul berkata aduannya kepada JKM turut menemui jalan buntu.

“Tiada hukuman dikenakan, sebaliknya alasan yang diberikan, pihak mereka mahu menyiasat terlebih dahulu.

“Kenapa pegawai ini dibiarkan begitu sahaja, kenapa tidak dipenjara?”

“Niat saya untuk membantu anak-anak dari terus menjadi mangsa dan tidak mahu melihat ramai lagi menjadi mangsa.

“Saya dedahkan perkara ini bukan suka-suka, saya ada bukti dan saya bertemu empat mata dengan pelaku dan rakam setiap percakapan,” katanya, dan mempersoalkan sama ada perkara sama berlaku di pusat jagaan lain tetapi tidak diketahui kerana mangsa diugut.

Perbak yang dipimpin beliau kini menjaga lebih 1,700 penghuni yang pernah tinggal di pusat jagaan JKM.

FMT sedang berusaha mendapatkan reaksi JKM.

LIHAT VIDEO DI SINI

CEO baharu berazam jadikan Proton No. 1 di Malaysia, Asean

 
Li Chunrong yakin zaman kegemilangan Proton akan kembali.

 
Li-Chunrong_proton_600


SHAH ALAM: Proton hari ini menamakan ketua pegawai eksekutif baharunya, Li Chunrong yang berazam mengembalikan kegemilangan syarikat pengeluar kereta nasional itu sebagai pilihan nombor satu di Malaysia, di samping menjadi antara jenama paling laris di rantau Asean.

“Saya dicalonkan DRB-Hicom dan (Zhejiang) Geely Holding untuk memajukan Proton dan saya percaya kereta jenama Malaysia itu akan menjadi jenama nombor satu di negara ini dan antara jenama terkemuka Asean.

“Untuk menjayakan visi ini, Proton kini mempunyai akses kepada sinergi global, kepakaran dan sokongan kewangan yang diperlukan daripada rangkaian Geely. Saya yakin zaman kegemilangan Proton akan kembali,” kata Li yang menggantikan Datuk Ahmad Fuaad Kenali yang kini merupakan ketua pegawai eksekutif Malakoff.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Akbar turut mengalu-alukan Li yang mempunyai pengalaman 30 tahun dalam idustri automobil China.

“Kami yakin memilih individu tepat untuk membawa Proton ke arah betul,” katanya pada sidang akhbar bersama Geely hari ini.

Sebelum ini, khabar angin mengatakan bekas naib presiden eksekutif Dongfeng Honda Engine Co itu akan dilantik sebagai CEO Proton selepas menyertai Geely pada 22 Ogos.

Ketika itu, Geely mahupun Proton tidak mengesahkan pelantikan Li.

3,132 premis judi atas talian diserbu

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Sebanyak 3,132 serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor terhadap premis judi atas talian di antara Januari hingga Ogos tahun ini.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata serbuan berkenaan membabitkan nilai rampasan sebanyak RM288,380.
 
"Sejumlah 2,313 daripada kes berkenaan sudah didakwa di mahkamah.
 
"JSJ Selangor sentiasa melakukan operasi untuk menangani sindiket perjudian ini sejak dari awal lagi," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
 
Beliau berkata, pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim adalah seruan yang pastinya akan dilaksanakan dengan penuh semangat serta komitmen yang tinggi bagi memastikan pusat judi haram dapat terus dilupuskan.
 
"Seluruh peringkat dalam pentadbiran Polis Selangor juga sudah dikerahkan, di peringkat balai, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan IPK sendiri," katanya.
 
Fadzil berkata, pihaknya juga akan terus memantau Pusat Hiburan Keluarga berlesenyang wujud di sekitar Selangor.
 
Pada masa sama, katanya, sebanyak 137 lesen Pusat Hiburan Keluarga diluluskan hingga 26 September lalu.
 
"Kami akan mengambil tindakan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 jika pemilik dikesan menjalankan kegiatan perjudian.
 
"Kami juga meminta orang ramai memberikan maklumat jika ada aktiviti perjudian di Pusat Hiburan Keluarga," katanya.
 
 

Tak perlu ‘tension’ Mat Sabu bertanding di Selangor, kata Amanah

 
Ia selepas Umno Selangor menyifatkan presiden Amanah itu membawa budaya yang tidak sesuai dengan negeri itu.


matsabu_amananh_new


PETALING JAYA: Amanah mempersoalkan musuh politiknya mengenai cadangan meletakkan Mohamad Sabu sebagai calon di Selangor, sambil berkata pemimpin veteran itu sesuai bukan sahaja kerana pengorbanannya tetapi juga kerana sudah lama menjadi rakyat negeri itu.

“Ramai tidak tahu bahawa Mat Sabu ini warga Selangor selama hampir 30 tahun. Beliau dan keluarga menetap di Seksyen 19, Shah Alam sejak 1988,” kata Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim.

“Dari segala segi, Bang Mat layak bertanding di Selangor. Kalangan yang tension apabila Mat Sabu bertanding di Selangor tu kenapa ya?” soalnya, merujuk panggilan popular presiden Amanah itu.

Awal bulan ini, Izham ketika berucap pada Konvensyen Amanah Selangor mencadangkan Mat Sabu sebagai calon di negeri itu.

Bagaimanapun, ia dipersoalkan Umno Selangor, yang mendakwa Mat Sabu bukan pemimpin yang sesuai dengan “budaya orang Selangor”.

“Jika kita lihat latar belakang Mat Sabu, dia tidak sesuai untuk rakyat di Selangor dan tidak sesuai untuk dijadikan modal untuk masyarakat,” kata Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, di sebalik spekulasi Mat Sabu bakal menjadi calon DUN Selangor.

Mat Sabu yang terkenal dengan kelantangannya di Dewan Rakyat, pernah mewakili 3 kawasan Parlimen iaitu Nilam Puri, Kubang Kerian dan Kuala Kedah.

Beliau bagaimanapun gagal mempertahankan kerusinya pada 2004 dan kalah dalam PRU 2008 dan 2013, di Kuala Terengganu dan Pendang.

Semalam, bekas timbalan presiden PAS itu berkata beliau yakin menang di mana-mana kerusi termasuk di Pekan, kerusi yang disandang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tokoh politik kelahiran Pulau Pinang itu turut menolak hujah beliau bukan anak jati Selangor.

“Kebanyakan orang luar dari Selangor datang ke negeri ini untuk bekerja dan menetap di sini. Terdapat pemimpin yang bukan anak jati Selangor.

“Tetapi mereka ini dipilih rakyat dalam pilihan raya lepas seperti Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang berasal dari Johor, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pula berasal dari Melaka,” katanya.

Sementara itu, Izham berkata Mat Sabu terkenal dengan sifat mesra dan periang serta mudah didekati, dan ini katanya terserlah sekali lagi apabila beliau meraikan Tun Dr Mahathir Mohamad di rumahnya di Seksyen 19, Shah Alam, Rabu lepas.

“Satu perkara yang saya rasa sangat istimewa Bang Mat ialah dia seorang yang sangat mesra, periang dan ramah serta mudah didekati. Apabila dia masak untuk Tun M semalam di rumahnya, itu mungkin pelik bagi sesetengah orang tetapi bagi kami biasa saja. Memang kerap dia masak untuk kami,” kata Izham dalam catatan Facebook.

Semalam, media sosial viral dengan gambar dan laporan Mat Sabu sekeluarga makan malam bersama Dr Mahathir dan isterinya.

Kunjungan bekas perdana menteri itu diiringi kenderaan polis menyebabkan kawasan kejiranan rumah teres 2 tingkat itu bertukar menjadi kecoh.

“Mungkin jiran menyangka saya kena tangkap lagi,” kata Mat Sabu, yang pernah ditahan 2 kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di bawah pentadbiran Dr Mahathir.

Anak lembu kepala dua gemparkan penduduk Felda Pasoh Dua

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BANDAR SERI JEMPOL: Penduduk Felda Pasoh Dua di sini, dikejutkan dengan kelahiran anak lembu berkepala dua yang dipercayai dilahirkan awal pagi tadi.
 
Penduduk, Kamarul Azman Kamarudin, 46, berkata bagaimanapun anak lembu itu yang dilahirkan di pekarangan rumah seorang kakitangan Felda, mati sebaik dilahirkan.
 
Katanya seperti yang dilaporkan BH Online, bangkai anak lembu itu ditemui orang ramai kira-kira jam 7.15 pagi, yang berjoging di kawasan itu.
 
"Kami tidak pasti siapa pemilik lembu ini, malah ibu lembu juga tidak ditemui di kawasan sekitar," katanya di sini, hari ini.
 
Katanya, bangkai anak lembu itu sudah ditanam oleh penduduk.
 
[KREDIT FOTO BH ONLINE]
 
 

Lebih baik Khalid sertai PAS daripada BN - Tuan Ibrahim

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan supaya bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai parti itu daripada bekerjasama dengan tiga lagi bekas menteri besar daripada Barisan Nasional (BN) untuk menawan kembali negeri berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
 
Beliau berkata ini kerana pendekatan itu akan menguntungkan pembangkang terutamanya PAS untuk meraih sokongan dan undi.
 
"Saya fikir dalam konteks nak menumbangkan Umno-BN tak mungkin Tan Sri Khalid akan bergabung sebab dia pun sebagaimana kita tahu berasal dari PKR.
 
"Jadi dalam konteks untuk bergabung bagi menumbangkan BN saya yakin Tan Sri Khalid tidak akan bersama sebab komitmen dia bersama dengan pembangkang masih kuat," katanya kepada Antarapos.
 
Menurut Tuan Ibrahim, Abdul Khalid tidak perlu kekal mewakili parti Bebas sebaliknya boleh memilih untuk menyertai PAS yang sentiasa membuka pintu untuk bekas pemimpin PKR itu.
 
Tambah beliau lagi, PAS juga mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh penting dalam negara untuk bersama dengan perjuangan parti itu pada PRU14 tidak lama lagi.
 
"Ya, lebih baik dia sertai PAS.
 
"Sebenarnya kita ada mengadakan beberapa pertemuan, kita juga sedang berunding dengan banyak pihak seperti dengan tokoh-tokoh untuk bersama PAS.
 
"Termasuk Tan Sri Khalid juga dalam perundingan, kita harapkan beliau bersama dengan PASlah," katanya.
 
Sebelum ini Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar berkata sekiranya Abdul Khalid sudi bersama BN.
 
Keputusan itu boleh menyokong usaha pihaknya bagi menunjukkan kepada rakyat mengenai tatacara dan perancangan yang pernah dilaksanakan tiga bekas menteri besar semasa membangunkan Selangor.
 
Untuk rekod, tiga bekas menteri besar Selangor akan bergabung bagi memastikan BN menawan kembali negeri tersebut pada PRU14.
 
Bekas menteri besar yang kembali menyertai BN ialah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib manakala dua lagi yang dijangka berganding bahu ialah Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo.
 
 

Siasat segera pemilik tong silinder klorin - Idris

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengarahkan siasatan segera dibuat, termasuk mengenal pasti pemilik yang bertanggungjawab meletakkan tujuh tong silinder klorin dipercayai sebagai punca 50 penduduk Kampung Tambak Paya, di sini, terhidu gas beracun, petang semalam.
 
Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kimia dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selaku pihak berkuasa tempatan untuk mengkaji sebarang peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan ke atas pihak tidak bertanggungjawab itu sehingga mengabaikan aspek keselamatan, terutama penduduk awam.
 
Ia susulan, sebanyak tujuh tong silinder seberat satu tan setiap satu dipercayai mengandungi gas klorin dikesan ditinggalkan di sebuah rumah kosong sebelum satu daripada tong dipercayai mengeluarkan bahan kimia berbahaya.
 
"Sebaik menerima maklumat awal mengenai bencana (gas beracun) yang melanda penduduk Kampung Tambak Paya, saya mengarahkan Jawatankuasa Bencana Melaka diwujudkan segera dipengerusikan Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, Datuk Zainal Hussin.
 
"Malah, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Jalil Hassan turut bertindak segera dengan mengarahkan penduduk yang terletak di bawah radius tiga kilometer dari lokasi kejadian untuk dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tambak Paya," katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa yang terbabit di Hospital Melaka, awal pagi tadi.
 
Sehingga jam 1.30 pagi tadi, seramai 32 mangsa ditempatkan di Zon Merah dan Zon Kuning di Hospital Melaka, manakala 18 lagi ditempatkan di Hospital Jasin.
 
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, kira-kira 250 penduduk berkenaan diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing oleh pihak bomba atas faktor keselamatan.
 
Difahamkan, maklumat awal kejadian melaporkan seramai 24 penduduk, termasuk tiga anggota bomba terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka kerana sesak nafas dipercayai selepas terhidu gas klorin.
 
Idris berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak keselamatan, termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pegawai perubatan serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) susulan tindakan pantas menyelamatkan mangsa kejadian berkenaan.
 
"Kita menasihatkan penduduk khususnya yang terletak di lingkungan radius kejadian supaya akur dengan arahan perpindahan sementara bagi menjamin keselamatan," katanya.
 
 

Khamis, 28 September 2017

Kecoh Tular Melayu Kristian Singapura – BENAR!






A. Karim Omar – Pagi ini berbelas mesej WhatsApp yang masuk ingin pengesahan tentang gambar seorang lelaki Melayu yang memakai kopiah tetapi turut memakai rantai salib. Dan pelbagai grup WhatsApp turut menular gambar yang sama – mengaitkan paderi Melayu Kristian sudah masuk Malaysia untuk berdakyah.

Tidak dapat saya jawab segera kerana pembentangan di Masjid Wilayah Persekutuan pagi tadi dan kemudian memandu untuk sesi berikutnya.

Ingin saya SAHkan bahawa gambar yang tular tersebut, berdasarkan pengakuan di FB, ialah penama Khairon bin Omar. Beliau telah mengaku sebagai Kristian, serta telah melakukan kerja-kerja missionarinya. Ya, dari Singapura.

Saya paparkan beberapa petikan dari FBnya sendiri di bawah untuk makluman pembaca.

Telah lama saya berbicara isu ini tetapi ada sesetengah orang kita memperkecilkan pendedahan-pendedahan yang dibuat, malah di Malaysia sendiri sudah ribuan lagi Melayu yang sudah Kristian tetapi masih kita ingat mereka seorang Muslim kerana masih solat seperti kita.

[Baca: Ramai Kristian Melayu Rahsiakan Identiti Mereka]
[… dan Sembah Kepada JESUS Dalam MASJID]

1MDB SAH ADA KESALAHAN, SIASATAN PELBAGAI AGENSI PENGUATKUASA LAIN WAJIB DIBUKA SEMULA

shahbudindotcom



PAKATAN HARAPAN GESA BANK NEGARA GUNAKAN SEPENUH KUASA AMBIL TINDAKAN KE ATAS INDIVIDU TERBABIT DI DALAM 1MDB 

Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Bank Negara Malaysia yang memberi maklumbalas rasmi kepada satu memorandum dari ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan yang dihantar pada 2 Ogos lalu. 

Sementara saya terkejut dengan jumlah penalti yang dikenakan iaitu RM115.8 juta, saya ingin menarik perhatian rakyat bahawa Bank Negara Malaysia belum menggunakan sepenuhnya kuasa yang diperuntukan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk berlaku adil kepada rakyat dalam skandal 1MDB ini. 

Saya menyeru pengurusan Bank Negara Malaysia menyertai rakyat Malaysia yang lain dalam mempertahankan kebebasan Bank Negara Malaysia sebagai institusi penguatkuasa yang bebas untuk mengelakkan skandal kewangan yang serupa berulang di masa akan datang. 

Sebab itu saya berpendapat adalah wajar Bank Negara Malaysia menggunakan sepenuh kuasanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 seperti berikut: 

1. Bahagian XV PENGUATKUASAAN DAN DENDA, Fasal 234(3)(b) yang memberi kuasa kepada Bank Negara Malaysia mengenakan denda sebanyak RM5 juta atau tidak lebih dari tiga kali jumlah wang yang terlibat di dalam setiap kesalahan yang dilakukan 1MDB; 


2. Bahagian XV PENGUATKUASAAN DAN DENDA, Fasal 234(5) yang memberi kuasa kepada Bank Negara Malaysia mengenakan denda atau apa-apa hukuman yang diperuntukkan di bawah akta ini ke atas pengarah, pengurusan kanan dan mana-mana orang perseorangan yang bertanggungjawab ke atas pengurusan 1MDB.


Setakat ini, Bank Negara Malaysia hanya menggunakan kuasa di bawah Fasal 234(3)(b) untuk mendenda 1MDB dan entiti-entiti berkaitan sebanyak RM115.8 juta. Malangnya, tindakan mengenakan denda ke atas 1MDB sebenarnya samalah seperti mendenda rakyat Malaysia kerana segala tanggungan hutang dan denda ke atas 1MDB kini ditanggung oleh rakyat Malaysia. 

Dari denda berjumlah RM115.8 juta ini, laporan media ada menyebut bahada RM53.7 juta telah dikenakan terhadap AmBank kerana melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. 

Saya ingin mendapat kepastian sama ada baki berjumlah RM62.1 juta yang telah dikenakan sudah dibayar, dan jika ya, siapa yang telah membayarnya. Jika 1MDB atau entiti berkait 1MDB yang membayarnya, ini bermakna sudahlah rakyat Malaysia menjadi mangsa penyelewengan dana rakyat di dalam 1MDB, kini rakyat Malaysia terpaksa juga menanggung denda yang dikenakan ke atas 1MDB. 

Oleh itu, saya sendiri sebagai Ketua Pembangkang dan Presiden Pakatan Harapan akan membuat laporan polis minggu depan untuk membolehkan Bank Negara Malaysia menyiasat Dato’ Sri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB (dahulu dan sekarang) serta pengurusan kanan 1MDB (dahulu dan sekarang) di bawah Fasal 234(5). Perlu diingatkan bahawa pada ketika pelbagai dakwaan terhadap 1MDB ini berlaku, Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat (M&A) 1MDB menyatakan bahawa sebarang komitmen kewangan 1MDB memerlukan kebenaran bertulis YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak. 

Secara logiknya, jika Bank Negara Malaysia sudah pun mengenakan denda sehingga RM115.8 juta ke atas 1MDB, itu bermakna berlaku banyak pelanggaran undang-undang dalam urusan 1MDB. Sudah tentu urusniaga dan tindakan yang melanggar undang-undang ini dibuat atas arahan seseorang atau sesuatu pihak kerana 1MDB bukanlah satu makhluk yang bertindak sendiri. 

Maka, apabila Bank Negara Malaysia sudah mengenakan denda di bawah Fasal 234(3)(b) ke atas 1MDB sebagai badan korporat, ia mesti juga disertai dengan tindakan di bawah Fasal 234(5) ke atas individu yang bertanggungjawab memberikan arahan sehingga menyebabkan 1MDB melanggar peraturan-peraturan di bawah akta. 

Saya berharap pengurusan Bank Negara Malaysia tidak akan berdolak dalih mengenai perkara ini. Jika pun pengurusan Bank Negara Malaysia tidak berani mengambil tindakan ke atas Dato’ Seri Najib, sekurang-kurangnya ahli-ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan perlulah dikenakan tindakan. 
Pakatan Harapan tidak akan membiarkan rakyat dihukum kali kedua dengan tindakan denda ke atas 1MDB sementara individu di belakangnya dibiarkan terlepas. 

YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail 
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia 
Presiden Pakatan Harapan 

 Ulasan - Selama ini tiada siapa tahu dan seperti mahu disembunyikan berapa jumlah denda yang telah dikenakan oleh Bank Negara kepada 1MDB atas kesalahan melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 berhubung beberapa urusniaganya.

Sekian lama  jumlah itu cuba dirahsiakan dan Bank Negara selalu mengatakan mereka tidak berhasrat mendedahkannya. 1MDB lagilah cuba menutup jumlah denda yang dikenakan ke atas mereka itu.

Tetapi, segala-galanya terdedah semalam. Dalam surat jawapannya kepada Pakatan Harapan, Bank Negara akhirnya mendedahkan jumlah denda yang dikenakan kepada 1MDB adalah sebanyak RM115.8 juta.

Jumlah denda itu tentunya merupakan yang terbesar dalam sejarah skandal kewangan di negara kita. Ia juga dengan jelas memperlihatkan kesalahan yang besar juga telah dilakukan oleh 1MDB.

Jika ada kebenaran berhubung laporan media sebelum ini yang mengatakan Ambank telah didenda sejumlah RM53.7 juta kerana melanggar peraturan kewangan berhubung dana 1MDB, bermakna jumlah selebihnya iaitu RM62..1 juta adalah denda yang ditanggung oleh syarikat pelaburan itu.

Jumlah tersebut pun masih dikira besar dan menampakkan syarikat pelaburan yang ditubuhkan oleh Najib Razak dan beliau sendiri menjadi Pengerusi Lembaga Penasihatnya telah melakukan kesalahan yang dikira besar juga.

Selepas jumlah denda ini terdedah, apa yang seharusnya dilakukan?

Oleh kerana denda itu membuktikan wujudnya kesalahan yang besar dan serius telah dilakukan oleh 1MDB, maka sebagaimana yang ditekankan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail, langkah seterusnya ialah Bank Negara harus segera mengambil tindakan ke atas individu-individu tertentu yang menyebabkan peraturan Bank Negara itu dilanggar.

Tentulah tidak masuk akal jika hanya 1MDB yang didenda, tetapi individu yang bertanggungjawab  menyebabkan peraturan Bank Negara itu dicabuli, terlepas begitu saja?

Tidak kira siapa individu-individu tersebut, merekalah sebenarnya perancang dan "lahanat" dalam skandal 1MDB selama ini.

Yang kedua, pembuktian bersalah melalui denda besar oleh Bank Negara itu seharusnya turut menggerakkan agensi-agensi penguatkuasa lain untuk mengambil tindakan yang sama ke atas 1MDB dan individu-individu berkaitan dengannya.

Jika sudah dibuktikan dan sah ada kesalahan oleh Bank Nagara terhadap 1MDB, apakah tidak mustahil  kesalahan tertentu telah dilakukan juga dan ia boleh disiasat oleh pihak PDRM dan SPRM?

Bermakna, membuka semula siasatan adalah sesuatu yang wajar dan perlu selepas ini. Langkah Pakatan Harapan membuat laporan polis pada minggu depan adalah pilihan terbaik dan tiada pihak harus berdolak-dalik lagi dalam menegakkan kebenaran sebagaimana yang dituntut Tuhan