HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 September 2017

Penderma Tidak Kisah Kalau Saman Tidak Dibayar

Suara Kebenaran




Mereka yang mendermakan wang untuk membantu ahli parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli membayar saman RM 300,000 kepada Pengerusi NFC, tidak kisah jika wang mereka tidak digunakan untuk membayar suami ketua wanita UMNO yang kaya raya itu.

Wakil kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai Puan S mendakwa, wang berkenaan adalah untuk kegunaan Rafizi, terpulang membayar saman atau tidak membayar saman.  Lagipun, hampir pasti Rafizi akan dipenjarakan atas kesalahan di bawah BAFIA dan wang ini boleh menampung perbelanjaan keluarga sepanjang dipenjarakan.

Puan S juga menolak dakwaan bahawa Rafizi menipu mereka.  Derma ini adalah ikhlas, tidak ada paksaan yang dikenakan ke atas mereka untuk menderma.

UMNO sebenarnya cemburu kerana Rafizi berjaya mengumpulkan wang berkali ganda lebih tinggi dari jumlah yang diperlukan.  Dalam waktu kegawatan ekonomi yang melanda sekarang, masih ramai yang sanggup berlapar untuk mendermakan wang mereka kepada Rafizi.

Itu saja halnya.

Tiada ulasan: