HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 September 2017

Pemimpin PAS tulis surat, bantah ‘bersama’ BN, kata Husam

AKHBAR RAKYAT


PETALING JAYA, — Satu surat ditulis kepada Majlis Syura Ulama dan pimpinan pusat PAS bagi membantah hasrat parti itu untuk “bersama” BN pada PRU14.

Naib presiden Parti Amanah Negara berkata surat tulisan pemimpin kanan PAS dibincang dalam pemukiman parti tersebut awal bulan ini.

Mendedahkan demikian, Datuk Husam Musa berkata surat itu menunjukkan wujud bantahan dalam PAS untuk bersama BN, lapor Malaysiakini.

“Setakat maklumat saya dalam retreat PAS di Pulau Pangkor, PAS tidak berani buat keputusan untuk bersama dengan BN,” katanya.

Husam berkata hasrat bersama BN turut ditentang sebahagian pemimpin kanan, ahli veteran dan bekas wartawan pada pemukiman empat hari bermula 5 September lalu.

Semua pimpinan kanan PAS termasuk ahli Majlis Syura Ulama, anggota jawatankuasa pusat dan badan penasihat parti hadir berbincang pendekatan PAS pada pilihan raya umum.

Husam, pengerusi Harapan Kelantan percaya PAS dalam dilema untuk menentukan pendekatan parti bagi mengelak kekalahan teruk.

Tiada ulasan: