HALAMAN SANTAI
Selasa, 26 September 2017
Rafizi Ramli Sengaja Tulis Cek Tendang ?
Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli dipercayai sengaja menulis perkataan yang salah dalam cek yang dihantar kepada peguam Pengerusi Eksekutif NFC Corporation Sdn Bhd, Datuk Seri Salleh Ismail untuk memastikan tiada apa-apa pembayaran dibuat daripada penuntut hutang tersebut.
Satu perkataan salah ditulis ketika menulis cek berjumlah RM306,999.18 ditulis sebagai tiga ratus, enam ribu, sembilan ratus sembilan puluh sembilan dan sen lapas belas sahaja.
“Lapas belas atau lapan belas wahai Rafizi Ramli .. Ada angka lapas belas ke dalam kamus Bahasa Melayu?
“Siapa yang kena POW!!! sekarang ni weh!!!
“Demi bersangka mulia mungkin kaedah beliau agar cek tersebut ditendang kot supaya pembayaran dapat dilengahkan lagi, ulas Hanisya Abdul Hamid dalam Facebook.
Petikan skrin cek itu dilampirkan Rafizi dalam facebooknya ketika menulis surat terbuka kepada Salleh.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan