Pelajar
Universiti Putra Malaysia (UPM) membuang undi pada pemilihan Majlis
Perwakilan Pelajar UPM 2017 di Serdang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL
KUALA LUMPUR – Keputusan pilihanraya kampus 2017 menyaksikan
kemenangan bergaya kepada kumpulan pro Aspirasi di institusi pengajian
tinggi awam di negara ini.
Kemenangan kumpulan pro mahasiswa pro Barisan Nasional itu
membuktikan generasi muda memberi sokongan kepada transformasi Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah (gambar)
berkata, daripada tujuh IPTA, kumpulan pro Aspirasi memenangi sebanyak
235 kerusi berbanding sembilan sahaja kumpulan pro pembangkang.
“Daripada segi peratusan, kumpulan pro BN mendapat 96.3 peratus
manakala pembangkang pula hanya 3.7 peratus,” ujarnya dalam satu
kenyataan.
Menurut Armand Azha, keputusan itu memberi faktor positif untuk persiapan menghadapi PRU-14.
“Golongan muda bijak pandai dan professional sudah nampak mana kaca
dan mana permata.Tahniah pada semua jentera seluruh negara yang
bertungkus lumus berkhidmat untuk memastikan kejayaan,” katanya.-
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan