HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 September 2017

Demokrasi versi baharu?

Oleh USTAZ IDRIS AHMAD



 DEMOKRASI  jenis apa ni? Ketika hendak menganjur pesta arak  mereka berhujah ini hak orang bukan Islam. Menghalang bererti menyempit demokrasi dan menolak kebebasan orang lain. Menghalang pesta arak tidak hormat hak orang lain.

Kenyataan yang mengguris perasaan umat Islam yang bersifat provokasi. Ketika RUU 355 hendak dibentang, ditentang habis-habisan walaupun tidak meganggu orang bukan Islam. Proses pula dibuat menurut demokrasi. Apakah demokrasi hanya hendak ikut selera nafsu dan agenda politik mereka.

Mungkin golongan ini biar rakyat jadi pemabuk tidak mengapa asalkan cita-cita politik tercapai. Selamatkah negara ini  jikalau manusia ini diberi mandat untuk memerintah negara.

Tidak ada pesta arak pun sudah parah akhlak rakyat hari ini. Tidak cukup lagikah pusat hiburan yang bercambah dengan arak di negara ini. Kemudian hendak anjur pula pesta mabuk arak.

Sepatutnya kita berusaha untuk mendidik masyarakat supaya lebih bermoral, bukan sebaliknya. Singapura pun kawal penggunaan arak, tiba-tiba Malaysia yang penduduknya majoriti Islam hendak mengadakan pesta arak.

Golongan seperti inilah cakap berdegar-degar mengenai demokrasi. Apabila dapat kuasa sesama sendiri dicantas dan dipinggir. Golongan inilah cakap berkenaan anti rasuah apabila ada kuasa, cakap tidak serupa bikin.

Memang orang suka mabuk arak, lupa apa yang dicakap dan dibuat. Kalau golongan ini memerintah negara, maka  hancur negara. Kepimpinan sekarang sudah teruk, nampaknya kalau jenis ini diberi kuasa seperti  keluar mulut harimau  masuk mulut buaya. Pi mai, pi mai tang tu ja. Jom bersama PAS dan Gagasan Sejahtera

Tiada ulasan: