KUALA LUMPUR: Seramai 201,077 mahasiswa dilaporkan belum mengambil Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) Debit-i.
Sehubungan itu Bank Rakyat menggesa pelajar yang terlibat menuntut kad berkenaan sebelum tarikh tutup pada 30 September ini.
Bank Rakyat, dalam satu kenyataan, memaklumkan mahasiswa yang belum
mengambil kad diskaun itu boleh berbuat demikian dengan mengunjungi
cawangan terpilih dan membawa kad pengenalan serta kad pelajar.
"Bagi memudahkan urusan pengambilan KADS1M Debit-i, Bank Rakyat telah
melanjutkan operasinya sehingga jam 8.30 malam pada Isnin hingga Jumaat
di semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu.
"Bagi Kelantan dan Terengganu, pelajar boleh berurusan pada hari Ahad hingga Khamis sehingga jam 8.30 malam.
"Mahasiswa boleh menyemak status permohonan masing-masing di laman
sesawang korporat Bank Rakyat di
https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/," menurut kenyataan itu.
Sehingga 20 Sptember lalu, seramai 710,830 KADS1M Debit-i telah
dituntut daripada Bank Rakyat oleh mahasiswa yang layak menerima Bantuan
Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan