shahbudindotcom
Selain
cukai GST, satu lagi cara yang dilihat sangat agresif dilakukan oleh
kerajaan pimpinan Najib Razak yang dikenali juga sebagai "bapa segala
skandal" untuk mendapatkan wang kebelakangan ini ialah melalui Lembaga
Hasil Dalam Negeri atau LHDN.
Perkara tersebut sudah banyak kali disentuh oleh Tun Mahathir Mohamad dalam beberapa ucapannya sebelum ini.
Menurut
Tun Mahathir, LHDN digunakan untuk memburu ahli-ahli perniagaan yang
condong kepada Pakatan Harapan, membekukan wang mereka dan supaya mereka
tidak dapat menderma kepada Pakatan Harapan.
Bagi
rakyat biasa pula, LHDN kini sangat aktif memburu mereka yang mempunyai
hutang-hutang tertunggak dan difahamkan setiap pegawainya diberikan
kouta sasaran tertentu yang perlu dicapai.
Mungkin
boleh diterima jika pemburuan itu dilakukan kepada mereka yang degil
tidak mahu menjelaskan tunggakan atau hutangnya dalam jumlah yang agak
besar?
Tetapi wajarkah dengan hutang hanya sejumlah RM176.72, seseorang itu diugut dengan tindakan mahkamah dan sekatan perjalanan?
Diulang....jumlahnya hanya RM176.72 dan bukannya RM1176 atau RM11,760.
Lebih
menyedihkan, barangkali mengalahkan Zimbabwe, surat pemberitahuan
mahkamah itu diberikan tanpa sebarang surat tuntutan biasa atau surat
amaran terlebih dahulu.
Apakah negara kita ini sudah begitu miskin dan kekeringan wang?
Atau sedang menuju bankrap sehingga RM176.72 pun begitu dilahapkan untuk dikutip dan dimasukkan ke dalam tabung kerajaan?
Mana wang GST RM42 bilion setahun?
Mana kemakmuran hasil pertumbuhan ekonomi kononnya sebanyak 5.8 peratus?
Kenapa
tindakan-tindakan tidak logik, tidak munasabah dan tidak guna akal LHDN
ini tidak pernah berlaku dalam kepimpinan-kepimpinan terdahulu?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan