PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah berulang
kali menggesa supaya penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap
pengharaman mercun/bunga api sejak lebih 20 tahun tetapi malangnya
gesaan ini tidak dipedulikan.
Sementara kita berjuang untuk menguatkuasakan undang-undang, lebih
daripada 40,000 orang telah menandatangani petisyen menggesa
undang-undang baharu untuk mengharamkan penggunaan bunga api oleh orang
awam di United Kingdom (UK). Alasan mereka ialah bunga api menyebabkan
“cemas, sedih dan bimbang” kepada “ramai orang dan haiwan”.
Pada masa ini, mereka yang melanggar undang-undang bunga api akan
dikenakan denda £5,000 (RM27,125) atau penjara enam bulan di bawah
undang-undang UK.
Situasinya begitu berbeza dengan Malaysia. Bunyi mercun dan bunga api
masih boleh didengar setiap kali musim perayaan walaupun ia telah
diharamkan di bawah Akta Bahan Letupan 1957 (EA 1957) sejak berdekad
lalu.
Seksyen 4(2) Akta itu menyatakan bahawa “Sesiapa yang mengeluarkan,
memiliki atau mengimport sebarang bahan letupan yang melanggar notis
yang dikeluarkan di bawah seksyen ini, jika disabitkan kesalahan, boleh
dikenakan hukuman penjara selama lima tahun, atau denda sepuluh ribu
ringgit atau kedua-duanya sekali.”
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa supaya pindaan dibuat
ke atas Akta itu untuk memastikan bahawa mereka yang didapati bersalah
mengeluar, memiliki atau mengimport bahan letupan dijatuhkan hukuman
penjara mandatori dan merampas kenderaan yang ditemui bersama mercun dan
bunga api.
Kami menggesa hukuman maksimum dikenakan ke atas pengimport, peruncit
dan sesiapa sahaja yang memiliki atau bermain dengan mercun dan bunga
api untuk menunjukkan bahawa Polis Diraja Malaysia dan Kastam
benar-benar bertindak tegas. Jika tidak hukuman yang dikenakan itu
dilihat sebagai tidak berkesan.
Mercun dan bunga api begitu mudah diperoleh di negara ini
memandangkan dilaporkan pada 2016 ia diseludup ke negara ini melalui
sempadan negara ini dengan “rasuah di pintu masuk rasmi”. Di samping
dijual secara runcit, ia juga boleh dipesan melalui aplikasi mesej yang
ditularkan.
Pada 2016, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi
amaran keras kepada ibu bapa yang ditangkap membeli atau membenarkan
anak-anak mereka bermain dengan mercun akan berdepan hukuman penjara
tujuh tahun. Kami ingin mengetahui jika hukuman ini dijalankan dan
berapa ramai ibu bapa yang menjalani hukuman penjara pada tahun lepas.
Pelanggaran yang berleluasa EA1957 sejak beberapa dekad lepas menggambarkan kelemahan dalam melaksanakan apa yang sudah pun diluluskan oleh Parlimen. Kami tertanya-tanya bilakah mercun dan bunga api yang diharamkan di bawah EA1957 akan dikuatkuasakan dengan serius bukannya dilihat sebagai menggubal undang-undang dengan pelaksanaan yang tidak bersungguh-sungguh. – HARAKAHDAILY
Pelanggaran yang berleluasa EA1957 sejak beberapa dekad lepas menggambarkan kelemahan dalam melaksanakan apa yang sudah pun diluluskan oleh Parlimen. Kami tertanya-tanya bilakah mercun dan bunga api yang diharamkan di bawah EA1957 akan dikuatkuasakan dengan serius bukannya dilihat sebagai menggubal undang-undang dengan pelaksanaan yang tidak bersungguh-sungguh. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan