HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 Januari 2018

RM100 juta untuk ADAM50 setiap tahun

Shawaliah Hadir
Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad dan Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datin Dr Nor Akma Yusof bergambar bersama ibu-ibu yang melahirkan bayi pada 1 Januari 2018 pada Majlis Penyerahan Sijil Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50) di Hospital Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR,
 

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) memperuntukan kira-kira RM100 juta setahun untuk Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, jumlah tersebut seiring dengan anggaran kelahiran setiap tahun iaitu sebanyak 500,000 orang.
Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abd Rahman bercakap pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sijil Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50) di Hospital Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR,
Justeru, kata beliau, dengan jumlah yang besar itu diharapkan ibu dan bapa akan terus menabung untuk anak-anak yang lahir pada tahun ini secara konsisten.

“Kos setiap tahun RM100 juta setahun dibiayai kerajaan dan PNB separuh-separuh. Ini merupakan pelaburan yang amat besar, juga manfaat yang besar untuk rakyat,” katanya selepas menyampaikan lapan sijil ADAM50 untuk bayi kelahiran 1 Januari 2018.

Tambah beliau, ADAM50 akan dilaksanakan selama lima tahun bagi tempoh percubaan untuk melihat sambutannya sebelum kerajaan mempertimbangkan untuk meneruskannya.

“Kita nak lihat dulu lima tahun ini berapa ramai yang ambil faedah dan manfaat untuk ini dan kita akan nilai sama ada teruskan atau tidak,” katanya yang menyifatkan penyampaian sijil pada hari ini sebagai pra-pelancaran dana amanah tersebut.

Menurut beliau, ibu bapa diberi kelonggaran untuk mendaftar di bawah skim ini dalam tempoh selepas kelahiran anak mereka dan diberi kebebasan jumlah tabungan bulanan mengikut kemampuan masing-masing.

Pada pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengwujudan skim ADAM50 yang mana sebanyak RM200 akan dikreditkan kepada anak yang dilahirkan pada 2018 hingga 2022. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: