Oleh Muhaimin Sulam
Ini kisah beberapa tahun dulu sebelum Tok Guru Nik Aziz meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Di sebuah kedai kopi Cina di sebuah perkampongan baru Chui Chak yang terletak 18 km dari Teluk Intan. Saya sekadar meneruskan legasi silaturahim orang-orang lama kami dengan mereka. Beberapa rakan Tionghua saya beria-ia untuk kami membawa Tok Guru Nik Aziz datang ke tempat kami.
Sekejap pun tak mengapa. Seingat aku, kali terakhir Tok Guru datang berceramah di tempat kami (Pasir Salak) pada pertengahan tahun 80an. Kalau ditakdirkan Tok Guru ke tempat kami, tentu saja kami bawa ke pusat penempatan orang Melayu yang masih karat biru.
Tetapi orang Tionghua meminta kami usahakan untuk Tok Guru datang ke Chui Chak yang dihuni oleh hamper seratus peratus orang Tionghua dan peti undinya tidak pernah sekalipun pembangkang kecundang. Katanya, Tok Guru serupa sifu besar. Mereka nak dengar Tok Guru bercakap. Mereka nak pandang wajah Tok Guru secara berdepan-depan. Sebahagian mereka bercakap dengan Bahasa Melayu yang pasar. Dalam hati saya, bolehkah mereka memahami ucapan Tok Guru nanti? Maaf kawan, bukan bermaksud saya meragui kalian.
Cerita itu mati begitu saja. Semasa kami singgah lagi ke Chui Chak. Seorang Tionghua yang uzur masih mengingatkan saya tentang peranan Tok Guru Nik Aziz dalam politik tanahair. ‘Kalau itu Tok Guru masih ada, wa ingat kita lagi kuat’. Saya mengiakan saja. Diapun sudah senja tapi semangatnya secergas pagi hari. Inilah kekuatan usaha dan idea manusia hebat yang mati tetapi terus memberi inspirasi untuk generasi mendatang. Ideanya menjalar ke bumi bagai air yang mengalir jernih.
Pendekatan dakwah Tok Guru yang kotemporori memudahkan Islam masuk ke setiap tingkap pemikiran orang Malaysia. Engagement Tok Guru dengan masyarakat bukan Islam telah banyak memecah benteng dakwah. Jika bukan Tok Guru memulakan, nescaya dakwah kita berligar pada lingkaran yang sama.
Setiap butiran kata-katanya hendaklah difahami dengan konteks yang betul. Tidak sukar memahami logik, retorik Tok Guru mengupas isu dan permasalahan semasa beliau hidup dengan situasi sekarang. Kaedah pemahaman secara 'lurus bendul' adalah gambaran daya taakulan yang lemah.
Pendekatan sebegini menjadi inspirasi bagi Amanah kekal menggunakan tema 'rahmatal lil alamin' yang dahulunya dijadikan asas slogan 'Pas for All'. Pendekatan Islam yang disenangi adalah mengutamakan persamaan dari lebih mencari perbezaan.
Tanpa menafikan dalam mengekalkan terus 'sustain', identiti, keunikan dan kelebihan dalam berbeza tetap dipertahankan tanpa kompromi. Amanah lahir atas robohan tinta perjuangan Tok Guru dalam Pas.
Saat masih merah tanah kuburnya, legasi dakwah Tok Guru satu demi satu rebah terhakis. Saat itu, kamilah yang lemah ini bangkit mengutip cebisan sejarah mutiara Tok Guru.

Kerana itu, nafas dakwah Tok Guru bersenyawa dalam nafas kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan