Ab Aziz Kaprawi berkata pembatalan projek itu melambatkan pergerakan rakyat dan menurunkan produktiviti modal insan.
“Dengan pembatalan ini, ibu kota akan bertambah sesak dan sekaligus melambatkan pergerakan rakyat serta menurunkan produktiviti modal insan,” kata bekas timbalan menteri pengangkutan itu kepada FMT.
Aziz yang juga merupakan ahli majlis tertinggi Umno berkata, pembatalan MRT 3 juga menghampakan harapan rakyat yang mahukan sistem pengangkutan bertaraf dunia, selain mengecewakan warga ibu kota khususnya generasi muda.
“Kerana ini akan merencat perkembangan masa depan negara bila mengguna pakai sistem pengangkutan sedia ada,” katanya.
Semalam, Putrajaya mengumumkan projek MRT3 dibatalkan, sehari selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak akan meneruskan dengan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) bernilai RM110 bilion yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.
September lalu, CIMB Equities Research berkata MRT 3 mungkin memakan perbelanjaan antara RM35 bilion dan RM45 bilion.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan