Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata walaupun berbeza fahaman politik, Umno dan PAS mempunyai persamaan iaitu memperjuangkan Melayu dan Islam, lapor Sinar Harian.
“Cara Umno kini kena berubah, harus lebih pintar dalam menggunakan kaedah baru, satu daripadanya mencari rakan seperjuangan.
“Sebagai pembangkang pun, jika Umno dan Pas bergabung satu semangat, satu hati pasti akan dapat beri saingan kepada kerajaan Pakatan Harapan,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Tambahnya, pengabungan perlu untuk membina kekuatan bersama.
“Saya fikir orang Pas pun dah sedar sekarang ini, akar umbi juga sedia untuk kerjasama, ada ruang-ruang yang boleh dilakukan tanpa perlu tunggu jangka waktu yang lama.
“Jika terus nak tunjuk kehebatan masing-masing, kita tak akan berupaya hadapi tentangan lawan,” katanya yang juga merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan