HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Mei 2018

Polis Pulau Pinang beri amaran sindiket penipuan GST

THE MALAYSIAN INSIGHT
Polis Pulau Pinang beri amaran sindiket penipuan GST
Sindiket penipuan ini menyamar sebagai pegawai Jabatan Kastam dan akan menelefon pelanggan dan mendakwa mereka mempunyai tunggakan GST daripada pembelian telefon bimbit dan susu tepung. – Gambar EPA
 
POLIS Pulau Pinang memberi amaran supaya orang ramai berjaga-jaga terhadap satu sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kastam meminta pembayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang belum dijelaskan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A. Anbalagan berkata "pegawai-pegawai" ini akan menelefon pelanggan dan mendakwa mereka mempunyai tunggakan GST daripada pembelian telefon bimbit dan susu tepung.

"Mereka mendakwa telefon dan susu tepung itu telah dirampas. Kemudian mereka akan menyambung panggilan itu kepada pegawai polis palsu yang akan memberitahu mangsa supaya memindahkan wang ke dalam sebuah akaun untuk menghalang akaun mereka dibeku pihak berkuasa.

"Mangsa diyakinkan yang wang mereka akan dibayar balik selepas 'siasatan'," katanya dalma satu kenyataan malam ini.

Anbalagan berkata mangsa yang tidak tahu mengenai pembankan online akan diajar bagaimana untuk memindahkan wang tersebut oleh sindiket itu.

Polis Pulau Pinang menerima 43 laporan berkaitan panggilan penipuan ini sejak 1 Januari hingga semalam.

Empat daripada kes yang melibatkan telefon bimbit menyebabkan mangsa kerugian RM51,3000, kata Anbalagan.

Tiada ulasan: