THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Pengukuhan
kedudukan kewangan akan dijadikan keutamaan oleh kerajaan Pakatan
Harapan di mana amalan kewangan yang tidak telus akan dihentikan serta
ketirisan di semua peringkat ditangani, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menurutnya, langkah-langkah jangka pendek yang drastik perlu diambil
bagi memulihkan kedudukan kewangan dan ia termasuklah mengawal
perbelanjaan operasi kerajaan serta mengkaji semula projek pembangunan
yang tidak mampan, tidak perlu dan yang tidak mendesak.
“Hutang kerajaan juga akan distruktur semula bagi mengurangkan pendedahan risiko kewangan.
“Negara menghadapi cabaran untuk mengukuhkan kedudukan fiskal dan pada masa sama cabaran untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan,” katanya di dalam satu kenyataan akhbar.
Mohamed Azmin berkata, kedua-dua objektif ini perlu diimbangi bagi menentukan pembangunan yang berterusan serta bersifat inklusif.
Walaupun ketika ini kerajaan sedang giat melaksanakan inisiatif untuk mengukuhkan kedudukan fiskal, namun kerajaan tidak akan mengabaikan objektif pertumbuhan sosio-ekonomi, katanya.
Pada masa yang sama, beliau berkata, kerajaan akan meneruskan projek pembangunan yang memberi impak tinggi kepada ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
“Kerajaan juga memandang serius usaha mengurangkan jurang pembangunan antara negeri tanpa mengira pendirian politik dan kita akan mengambil langkah tegas untuk mengurangkan jurang pendapatan antara kumpulan pendapatan, terutama bagi golongan B40,” tambahnya.
Mohamed Azmin berkata, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (KSP RMKe11):
Hala Tuju Baharu 2018 – 2020 bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Parlimen Ke-14 akan dibentangkan pada penghujung tahun ini.
KSP RMKe-11 yang disediakan akan berdasarkan hala tuju kerajaan baharu, selari dengan Buku Harapan: Membina Negara Memenuhi Harapan yang akan memberi tumpuan kepada ekonomi pasaran bebas dan mesra pelabur di samping penekanan kepada ekonomi manusiawi berteraskan kepada program keadilan sosial.
“Dasar sosio-ekonomi progresif yang akan diperkenalkan dalam KSP RMKe-11 akan melengkapi inisiatif kerajaan dalam mengukuhkan kedudukan fiskal dan reformasi institusi.
“Hasilnya, Malaysia akan dibentuk semula untuk menjadi sebuah negara maju yang dihormati dan dipandang tinggi selaras dengan matlamat Wawasan 2020,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan