HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Mei 2018

Masa semakin suntuk untuk Jho Low

Tekanan memuncak selepas menteri kewangan mengarahkan LHDN menyiasat ahli perniagaan itu dan keluarga.

Kerajaan mengarahkan LHDN menyiasat Jho Low dan keluarga. (Gambar Bloomberg)

KUALA LUMPUR: Jho Low, ahli perniagaan di tengah-tengah skandal mega 1MDB, mungkin mendapati hari-harinya berpesta dengan selebriti dan membeli hartanah dan karya seni bakal berakhir apabila kerajaan baru berjanji menyeret beliau ke muka pengadilan.

Low, yang disyaki menjadi watak utama dalam kes penipuan terbesar di dunia, bersama dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan kroni, peniaga berbadan gempal dan berkaca mata itu menjadi tumpuan kemarahan orang ramai dalam kontroversi tersebut.

Beliau mempamerkan gaya hidup mewah selepas didakwa mencuri wang daripada 1MDB. Beliau bersantai dengan selebriti seperti Leonardo DiCaprio, berparti dengan Paris Hilton dan dilaporkan membelanjakan wang yang banyak di kelab malam terkenal di New York.

Sewaktu penyiasatan mengenai kontroversi itu bertambah rancak, perhatian rakyat tertumpu kepada sebuah kapal layar mewah yang dikatakan dibeli menggunakan wang curi dan belayar mengelilingi Asia sehinggalah ia ditahan di Bali, Indonesia, dalam siasatan berkaitan 1MDB.

Wall Street Journal melaporkan, awal bulan ini Jho Low berada di pulau peranginan Phuket, Thailand menunggu keputusan pilihan raya umum ke-14. Lokasi beliau kini tidak diketahui.

Tetapi masa tidak lagi berpihak kepada ahli perniagaan berusia 36 tahun itu selepas parti pimpinan Najib mengalami kekalahan mengejut pada 9 Mei, sebahagian besarnya kerana rasa marah orang ramai terhadap 1MDB.

Kerajaan baru pimpinan bekas mentor Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad, membuka semula penyiasatan ke atas penipuan yang berlaku dan mahu membawa balik Jho Low, atau nama penuhnya Low Taek Jho, ke Malaysia.

Abdul Razak Idris, bekas pegawai kanan agensi anti-rasuah yang memulakan penyiasatan ke atas skandal itu sehingga ia dihentikan oleh Najib, percaya Jho Low perancang utama.

“Dia mesti ditangkap dan dibawa balik ke Malaysia supaya kita boleh membawa balik wang yang disimpan di luar negara,” katanya kepada AFP.

Low, yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam 1MDB tetapi dipercayai mempunyai pengaruh besar ke atas syarikat milik kerajaan tersebut, baru-baru ini menafikan semua dakwaan salah laku. Beliau tidak dapat dihubungi untuk artikel ini.

Seperti telur di hujung tanduk

Jumaat lepas, sebagai langkah pertama untuk memberi tekanan kepada Jho Low, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri menyiasat Low dan keluarga, yang kebanyakannya berada di Malaysia, berhubung kes 1MDB.

Media sosial menyambut prospek individu yang didakwa menjarah wang kerajaan itu kini diburu.
“Jho Low kunci bencana 1MDB ini,” tulis satu laman Facebook. “Menangkapnya samalah dengan memiliki cincin yang menguasai semua yang lain.”

Kedudukan terdesak Low sekarang berlawanan sama sekali dengan imej yang dipamerkan beliau sebelum ni, iaitu sebagai pengurus kewangan yang bergaya dan mempunyai hubungan perniagaan hebat.

Low mendapat pendidikan di Harrow, sebuah sekolah elit British, dan semasa di situ beliau berkenal rapat dengan Riza Aziz, anak tiri Najib, persahabatan yang membantunya mendekati keluarga pemimpin itu.

Beliau kemudian belajar di Amerika Syarikat dan berpindah ke New York, dan laporan tentang kehidupan mewahnya menjadi semakin banyak.

Jabatan Kehakiman AS (DoJ) memulakan saman bagi merampas aset yang didakwa dibeli menggunakan wang curian daripada 1MDB di negara itu. DoJ mendakwa sebanyak AS$400 juta daripada dana tu dibawa masuk ke AS “untuk tujuan peribadi Jho Low dan sekutu.”

Namun ini hanyalah sebahagian daripada penipuan itu. DoJ mendakwa sebanyak AS$4.5 bilion dicuri daripada 1MDB, yang ditubuhkan pada 2009 dan dipantau oleh Najib. Beliau dan 1MDB menafikan dakwaan salah laku.

Selain kapal layar mewah, Low juga didakwa menggunakan wang curian tersebut untuk membeli lukisan oleh Monet dan Van Gogh, hartanah mewah dan memberi hadiah kepada selebriti termasuk DiCaprio dan model Australia, Miranda Kerr.

DiCaprio dan Miranda dilapor menyerahkan hadiah tersebut kepada pihak berkuasa AS dan tidak dituduh melakukan apa-apa kesalahan.

Dalam temu bual dengan akhbar The Star pada 2010, Low mengadu kerana digambarkan sebagai individu yang menjalani “gaya hidup yang berlebih-lebihan”.

Kata beliau, “akhirnya, saya rakyat Malaysia. Saya bukanlah orang yang akan melupakan negara saya dan saya fikir banyak boleh kita lakukan untuk Malaysia.

Tiada ulasan: