HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Mei 2018

Husam, Wan Rahim dihalang masuk pejabat kerajaan negeri Kelantan



Husam dan Wan Rahim dihalang memasuki semua pejabat kerajaan negeri serta istana.


Walaupun menang besar dalam PRU 14 baru-baru ini, kerajaan Pas negeri Kelantan menghalang Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Abdullah dari memasuki semua jabatan di bawah kerajaan negeri itu.

Menurut Pekeliling Pengurusan yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan itu, mereka berdua turut dihalang dari memasuki semua istana di negeri Kelantan.

Arahan bertarikh 27 Mei semalam itu dikeluarkan kepada semua jabatan-jabatan kerajaan negeri Kelantan.

“Mana-mana pegawai kerajaan negeri berkenaan yang ingkar arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan Pegawai Awam Negeri Kelantan (kelakuan dan tatatertib) tahun 1996 atau mana-mana peraturan yang berkuat kuasa pada masa ini,” kata surat yang ditandatangani oleh Datuk Nazran Muhamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan itu.

Pekeliling yang ditujukan kepada semua ketua jabatan kerajaan negeri Kelantan.

Sebelum ini Husam dan Wan Rahim telah ditarik gelaran datuk oleh Istana Kelantan.

Turut ditarik gelaran sebelum pilihan raya umum ke 14 lalu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketiga-tiga mereka telah menyerahkan kembali semua gelaran itu.

Wan Rahim ketika dihubungi mengesahkan arahan ini namun enggan memberikan sebarang komen mengenainya.

Husam yang ditemui juga enggan memberikan sebarang komen mengenai arahan ini.

Tiada ulasan: