HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Mei 2018

SAYA SEDIA LEPAS JAWATAN – ZAHIDI




Datuk Zahidi Zainul Abidin bersedia melepaskan jawatan Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Bagaimanapun Ahli Parlimen Padang Besar itu akan melakukan sebaik sahaja perlantikan baharu jawatan itu menggantikan dirinya dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

“Saya tunggu arahan selanjutnya untuk letak jawatan. Bukan saya seorang sebab semua lantikan politik kita tunggu masa untuk letak jawatan,” katanya ketika ditanya status jawatan beliau selepas pertukaran kerajaan.

Zahidi telah dilantik sebagai Pengerusi Risda pada September 2015. Badan itu bernaung bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Kami sekarang tidak ke pejabat, cuma kita terlibat program-program yang perlu sahaja. Kita tunggu lantikkan baru untuk serah tugas,” katanya dipetik daripada FMT, pada Sabtu.


Tiada ulasan: