HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Mei 2018

Cecah RM85,000 sebulan, PM arah gaji pengerusi suruhanjaya, GLC disemak semula






PERDANA Menteri mengarahkan Ketua Setiausaha Negara menyemak semula gaji semua pengerusi suruhanjaya dan syarikat berkaitan kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Anthony membuat pengumuman itu selepas mengesahkan gaji pengerusi eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mencecah RM85,000 sebulan, seperti yang tular di media sosial hari ini.

"Ia lebih tinggi daripada perdana menteri (gaji). Gaji perdana menteri hanya RM20,000 sebulan," kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke di Putrajaya hari ini.

"Saya bangkitkan hal ini di Kabinet pagi tadi. Perdana menteri sudah mengarahkan ketua setiausaha mengkaji semula semua gaji dan elaun, bukan hanya penegrusi Mavcom tetapi semua pengerusi badan berkanun, suruhanjaya dan GLC," kata Loke.

Gaji dan elaun Abdullah pada 2016 ialah RM78,200 sebelum naik 3% pada 2017 dan seterusnya 5% pada tahun ini.

"Jadi, gaji Abdullah mencecah RM85,000. Saya boleh sahkan itu angka yang dilaporkan kepada saya," kata Loke.

Mavcom yang diwujudkan pada 2016, diberi pembiayaan awal oleh kerajaan sebanyak RM90 juta sebelum membiaya sendiri melalui caj RM1 bagi setiap penumpang.

Loke yang diberi taklimat oleh pegawai Mavcom Isnin lalu, berkata kos operasi tahunan suruhanjaya itu ialah RM25 juta berbanding pendapatan tahunannya berjumlah RM35 juta.

Mavcom menjadi tumpuan baru-baru ini selepas membuat laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif AirAisia Tony Fernandes yang mendakwa suruhanjaya itu memaksa AirAsia membatalkan penerbangan tambahan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Selepas PRU14, Fernandes memuat naik video memohon maaf kerana menyokong Barisan Nasional serta mendakwa beliau menerima tekanan selepas menambah 120 penerbangan dan mengurangkan harga tiket bagi rakyat Malaysia yang balik mengundi

Tiada ulasan: