Azyyati Ahmad, Astro Awani
PETALING JAYA: Kerajaan akan mengkaji semula badan-badan yang ditubuhkan atas kepentingan politik parti Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ada badan yang akan dibubarkan kerana gaji kakitangannya dibayar menggunakan wang kerajaan.
Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ada badan yang akan dibubarkan kerana gaji kakitangannya dibayar menggunakan wang kerajaan.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya wartawan mengenai status kedudukan Biro Tatanegara, sekiranya terdapat perancangan untuk dimansuhkan.
Sebelum ini, Dr Mahathir mengumumkan pembubaran Majlis Profesor Negara dan juga Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan