HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Mei 2018

Saya tak begitu mulia, kata Dr M berhubung petisyen Hadiah Nobel

 
Satu petisyen dalam talian dimulakan Sabtu lalu buat Dr Mahathir untuk dipertimbangkan sebagai penama bagi Hadiah Keamanan Nobel tahun ini.
 
 
Pengerusi PPBM itu berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu. (Gambar facebook)


PETALING JAYA: “Saya tidak begitu mulia,” jawab Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila ditanya mengenai usaha melobi namanya sebagai penama Hadiah Keamanan Nobel tahun ini.

Pengerusi PPBM itu berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu selama tiga jam di ibu pejabat PPBM di Menara Yayasan Selangor, dekat sini, hari ini.

Satu petisyen dalam talian dimulakan Sabtu lalu buat Dr Mahathir untuk dipertimbangkan sebagai penama bagi Hadiah Keamanan Nobel tahun ini.

Petisyen tersebut dimulakan oleh Alexandria Abishegam yang merasakan bahawa Dr Mahathir memberi inspirasi kepada jutaan pengundi pada PRU14 bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) sebagai kuasa persekutuan dengan cara aman tanpa keganasan.

BN yang memerintah negara selama 61 tahun dikalahkan oleh gabungan PH, hasil pimpinan Dr Mahathir yang kembali ke dunia politik pada usia 92 tahun.

Petisyen yang menggunakan platform Change.org itu turut membandingkan Dr Mahathir dengan pejuang revolusi antiapartheid iaitu tokoh Afrika Selatan, Nelson Mandela.

Sejak dimulakan petisyen untuk ditujukan kepada Yayasan Nobel itu menarik sokongan daripada sejumlah 26,300 penandatangan.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: