HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Mei 2018

G25 setuju tindakan kaji semula Jakim, mahu Iksim dibubar






G25, kumpulan tokoh Melayu unggul, mengalu-alukan tindakan kerajaan baharu untuk mengkaji semula Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kami menyokong supaya peranan JAKIM dikaji semula dan sekiranya ada perubahan-perubahan yang perlu dibuat kami harap supaya pihak kerajaan harus membuat pindaan tentang peranannya dalam pentadbiran Islam,

“Iksim (Institut Kajian Strategik Malaysia) pula wajar dimansuhkan kerana kami berpendapat peranannya masih malap serta pendekatan yang digunakan agak liberal dan ekstremis,” kata ahli G25 Noor Farida Mohd Ariffin kepada wartawan selepas kumpulan itu bertemu dengan Jawatankuasa Reformasi Institusi di Menara Ilham hari ini.

“Kami sangat bimbang apabila mendengar yang mereka diberikan kontrak untuk ‘brainwash’ pelajar, pegawai kerajaan dengan pemikiran ekstrem mereka,” katanya lagi.

Beliau turut menambah yang G25 turut menyokong pembubaran Biro Tatanegara (BTN): “Mereka mempromosi (elemen) perkauman dan kebencian. Ini tidak boleh diterima dalam Malaysia baharu.”

Noor Farida berkata kumpulan itu turut memberikan cadangan reformasi institusi lain, terutama sekali berkaitan dengan kebebasan institusi awam dan pembiayan politik kepada jawatankuasa itu.

Ini bagi menghalang berulangnya campur tangan politik oleh politikus dalam siasatan korupsi seperti yang berlaku dalam rejim Barisan Nasional, pelantikan jawatan utama dalam institusi awam seperti Jabatan Peguam Negara, kehakiman, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bebas daripada kawalan eksekutif.

“Awak perlu tarik kuasa untuk lantik dan pecat daripada perdana menteri (PM).

“PM tidak boleh ada kuasa dalam pelantikan ini, barulah kitab oleh bentuk institusi yang bebas.

“Mereka (institusi) tidak boleh menjawab kepada PM atau mana-mana ahli eksekutif,” kata Noor Farida.

Katanya lagi, jawatankuasa juga mencadangkan Jabatan Peguam Negara diasingkan daripada agensi pendakwaan awam.

“Jika awak ada pendakwaraya dan kehakiman yang bebas, barulah kita boleh memastikan apa sahaja salah laku ahli politik, malah menteri kabinetpun akan dihukum,” katanya

Tiada ulasan: